Wednesday, 26 December 2012

CANTIKNYA PILOT WANITA PERTAMA MALAYSIA.....

Juruterbang Wanita Pertama Di M'sia
NORASHIKIN ONN

Memasang angan-angan untuk menceburi bidang pekerjaan kaum lelaki bukanlah satu perkara mustahil bagi insan bergelar wanita.

Ia terbukti apabila Kepten Norashikin Onn secara rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang sekaligus menjadi juruterbang wanita pertama di Malaysia!


Juruterbang pengangkutan AirAsia ini baru saja mendapat gelaran Anugerah Kesatria Puteri dari kerajaan Malaysia sekitar bulan lalu.

“Saya sangat senang apabila kerajaan memberikan banyak perhatian kepada pencapaian wanita,” jelas Norashikin yang dipetik di The Star.


Selain itu, wanita berusia 44 tahun ini juga menjadi wanita pertama memegang gelaran Flight Commander di AirAsia.

Dengan gelaran itu dia juga yang mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang mengendalikan pesawat berbadan lebar untuk penerbangan komersial di Malaysia.

“Tidak ada yang mustahil. Reach for the skies,” tuturnya.


Pencapaian Norashikin ini memberi mesej kepada semua wanita di dunia yang mana apa yang diimpikan boleh diraih dengan usaha dan jerih payah.

Tahniah diucapkan! Baca maklumat lebih lagi.... di sini

No comments:

Post a Comment