Sunday, 2 December 2012

AHLI PAS DIZALIMI......


Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi. 

Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini. 

Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara? 

APABILA PINTU KAABAH DIBUKA.......

VIDEO: Di Dalam Kaabah

(SURAH AL-BAQARAH AYAT 150) - Terjemahan :

“Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.”

BASIKAL PUN ADA TEMPAT PARKING.... UNIKNYA.....

Bukan sesuatu yang pelik di zaman kereta mewah umpama kereta mainan ni bila kita melihat masih ramai orang lebih suka berbasikal sama ada untuk ke pejabat, bersiar-siar, bercuti, membeli-belah dan sebagainya.

Maka, tidak hairan juga jika kita dapati kini di pusat-pusat tumpuan orang ramai seperti di pusat membeli-belah atau tempat-tempat public lainnya, tempat letak basikal banyak disediakan. Daripada gambar-gambar tempat letak basikal yang unik berikut..... ada tak gambar di Malaysia.......? Moh! Tengok....

UMNO.... BERSEDIA PRU 13..!!!

UMNO siap sedia hadapi Pilihanraya ke-13....

NIK AZIZ SIHAT.... AKAN TADBIR NEGERI HINGGA KE HUJUNG NYAWA....!!!

Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'
Nik Aziz bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacub ketika menerima kunjungan Heliza (dua dari kiri) dan Meyda Sefira (kiri sekali) di kediaman rasminya semalam.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

RUMAH ITU TELAH DIROBOHKAN.......

Masih ingat dengan rumah di bawah ini dan kisah mengenainya.... di sini

Bangunan Kediaman

Pihak berkuasa China memusnahkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah jalan utama dan menjadi simbol penentangan oleh pemilik rumah terhadap pegawai yang didakwa menawarkan pampasan tidak berbaloi.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai, memberitahu The Associated Press rumah berkenaan diruntuhkan semalam selepas pemiliknya, penternak itik, Luo Baogen dan isterinya, bersetuju menerima pampasan sebanyak 260,000 yuan (RM123,000).

DOA PAS DAN UMNO...TIADA BEZA...???!!!

Salahuddin Ayub

Sebaik kontroversi doa 'KO BN' yang dipimpin adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno dan dikatakan menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, Umno pula tampil mengadakan solat hajat dan memohon kesejahteraan negara kelmarin.

Bagaimanapun, Pas menganggap doa sama ada semasa Muktamar Pas ataupun pada Perhimpunan Agung Umno itu tidak mempunyai sebarang perbezaan kerana kedua-duanya memanjatkan hajat masing-masing.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, apa yang didoakan Pas tidak menujukan kepada mana-mana individu dalam Umno ataupun Barisan Nasional (BN).

BUKAN TEROWONG PERANG.... CUMA TELAGA.....???

Memang heboh.... bila sebuah terowong telah ditemui di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan     dan diperkatakan sebagai sebuah terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Malah diperkatakan juga bahawa terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang. Di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi. Baca seterusnya.... di sini.

Wan Jaafar Wan Abdullah
Wan Jaafar Wan Abdullah, 92.

Tetapi misteri itu terjawab hari ini apabila seorang penduduk warga emas kampung tersebut, Wan Jaafar Wan Abdullah, berusia 92 tahun, menjelaskan bahawa “Itu bukan lubang ke terowong tetapi telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan".

PAS DIRESAPI SYIAH....



KUALA LUMPUR : Tindak-tanduk PAS yang kebelakangan ini dilihat melampaui syariat agama adalah kerana ahlinya yang mendukung fahaman Syiah.
Wakil  Marang Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin berkata, masyarakat Islam kini menghadapi ancaman baru apabila pemimpin PAS cuba menyebarkan fahaman Syiah.
Katanya, pengikut fahaman Syiah yang mangamalkan bidaah ekstrem dan memutarbelitkan ayat al-Quran itu lazimnya memusuhi ajaran ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan majoriti umat Islam negara ini.