Sunday, 2 December 2012

RUMAH ITU TELAH DIROBOHKAN.......

Masih ingat dengan rumah di bawah ini dan kisah mengenainya.... di sini

Bangunan Kediaman

Pihak berkuasa China memusnahkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah jalan utama dan menjadi simbol penentangan oleh pemilik rumah terhadap pegawai yang didakwa menawarkan pampasan tidak berbaloi.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai, memberitahu The Associated Press rumah berkenaan diruntuhkan semalam selepas pemiliknya, penternak itik, Luo Baogen dan isterinya, bersetuju menerima pampasan sebanyak 260,000 yuan (RM123,000).


Rumah

Pasangan berkenaan menjadi penduduk tunggal masih bertahan di kawasan penempatan itu yang dimusnahkan untuk memberi laluan kepada jalan utama menuju ke stesen kereta api baru dibina di bandar raya Wenling di wilayah Zhejiang.

Kerja pemusnahan dibuat seminggu selepas imej rumah itu diedarkan secara meluas melalui online di China, mencetuskan laporan domestik dan antarabangsa mengenai rumah berkenaan yang masih kekal berdiri kerana pemilik mereka menentang pembangunan.

Luo, 67, baru membaik pulih rumahnya pada harga 600,000 yuan (RM285,000) apabila didatangi pegawai kerajaan dengan tawaran 220,000 yuan (RM105,000) untuk berpindah tetapi ditolak, kata Chen sebelum ini. Tawaran itu dinaikkan kepada 260,000 yuan minggu lalu. – AP

No comments:

Post a Comment