Thursday, 29 November 2012

WEBSITE YANG PELIK DAN TERPANJANG DI DUNIA....


Pernahkah anda terjumpa nama sebuah website yang pelik dan panjang.....

Diluar kotak fikir politik, cuba sejenak anda tatapi apa akan jadi jika sebuat website memiliki nama yang cukup panjang, melainkan terpanjang di dunia.  Ini adalah sebuat laman gabungan dari beberapa laman seperti google, facebook, youtube, yahoo, baidu, wikipedia, twitter, amazon dan taobao. Semua laman-laman tersebut dijadikan satu seperti link di bawah ini :
http://www.googlefacebookyoutubeyahoobaiduwikipedialivetwitteramazontaobao.com/
sumber : unic29.com
***APA agaknya yang ada di dalam website tersebut ye?.. Lets check it out.....!!!

PEMBANGKANG PERALAT MUSA HASSAN....???

Post Pic

KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yakin orang ramai tidak terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang susulan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.

"Ini bukanlah politik matang, tetapi politik kebencian, oleh itu sudah menjadi tugas semua pihak dalam perhimpunan untuk memberikan penerangan kepada ahli dan orang ramai agar tidak terus keliru dengan dakyah pembangkang.

PERHIMPUNAN 'MERAH' YANG BERSIH DAN TERTIB.....!!!!


Perhimpunan UMNO Tenggelamkan Semua Himpunan Jalanan Pembangkang


Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.
Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.    Pemimpin datang dan pergi, dengan  yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.
Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.
Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.

SESSI DEWAN RAKYAT MELABUHKAN TIRAI....

PANDIKAR: Saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor. Pix: Sinar Harian
Saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor (merujuk sebagai Karpal Singh)

KUALA LUMPUR : Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf kepada ahli parlimen Bukit Gelugor (DAP) Karpal Singh ekoran insiden pada tahun 2008 dalam ucapan penutup sesi Dewan Rakyat hari ini, sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menjelang.
"Jadi saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor.
"Walaupun beliau tidak ada disini," kata Pandikar (gambar) yang merujuk insiden sidang pertama pengggal ke-12 pada 28 April.

PELAJAR JADI MANGSA LELAKI INDON BANYAK HUTANG....


SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin.
Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek.

MENARA CONDONG 'DITONGKAT' ELAK TUMBANG





XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an.
Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.
Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.
- Reuters

ANAK DURJANA : 'GADAI' IBU KEPADA ALONG..!!!


‘Gadai ibu’ pada along

KUALA LUMPUR : Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along.

Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu. 

PELIK : BAYI MASIH DALAM PANTANG MAUT DITIMPA DURIAN


PULAU PINANG : Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian ketika didukung ibunya dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, petang semalam.

Tiada maklumat lanjut diperolehi, hanya video berikut yang teman perolehi di myMetro :



SENJATA NUKLEAR IRAN YANG DIGERUNI.....



Benarkah... ini imejnya...?

VIENNA - Satu gambar rajah yang diperolehi oleh agensi berita The Associated Press menunjukkan bahawa para saintis di Iran telah mengendalikan simulasi komputer untuk sebuah senjata nuklear yang mampu menghasilkan kuasa letupan tiga kali ganda lebih kuat daripada bom atom pada Perang Dunia Kedua yang memusnahkan Hiroshima, Jepun.

BACAAN BETUL AYATUL KURSI....


ADA yang membaca ayat Kursi  bermula dari “Wa illaahukum ilaahuwaahid”... tetapi ada juga yang membaca bermula dari “Allahahulaailaaha illaa huwal haiyul qiayuum”...Jadi, yang mana satu yang betul ???


KEDUA-duanya adalah sebahagian ayat dalam Surah al-Baqarah. Biasanya dibaca secara berturutan. Ia juga dibaca sebagai wirid termasuk selepas solat.

Ayat “wa-Ilahu-kum ilahun wahid ...” adalah sebahagian ayat 163 daripada Surat al-Baqarah. Maksud ayat secara penuh adalah “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiadalah Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqarah (2): 163) 

APAKAH HUSAM AKAN BERTAUBAT...???


Kenyataan Husam Musa untuk melaga-lagakan Pimpinan Umno apabila mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan isu pembunuhan Altantuya adalah dilihat sebagai tidak beriman kepada Allah, sebagai umat Islam kita merasa sangsi kerana Husam lebih mempercayai Deepak a/l Jaikishan daripada mempercayai ketentuan Allah tuhan yang maha esa.

PUAK KAHAK HIJAU MINTA SEMUA RAKYAT DOAKAN NIK AZIZ CEPAT SEMBUH SEBAB TAHU ORANG2 UMNO TIDAK BUSUK HATI MACAM KORANG...!!!!!



Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.... (haha...teman tak terkejut langsung..... biasalah, pokok pun kalau dah tua akan rosak juga!)