Thursday, 16 February 2012

BN LULUSKAN 3 ANGGOTA GABUNGAN YANG BARU.....

Gabungan Wawasan Generasi Felda antara tiga pertubuhan diluluskan menjadi anggota bergabung Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.








Najib, yang juga pengerusi BN berkata, dua lagi pertubuhan yang diluluskan ialah Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.








Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam semalam.




Najib berkata, permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN.


Beliau berkata, mesyuarat malam semalam turut dimaklumkan bahawa program latihan dan penerangan yang disusun atur telah berjalan lancar, serta lawatan yang dibuat oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat sambutan sangat menggalakkan di peringkat negeri-negeri.


Begitu juga dengan tinjauan mesra yang dilakukan di beberapa negeri, kata Perdana Menteri.


Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Februari ini, Najib berkata, setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.


"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.


"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita,” katanya.


Mengulas laporan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyatakan hasratnya untuk tidak meletak jawatan, Najib berkata: “Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri”. — BERNAMA

BENARKAH ADA 'TROJAN HORSE' DALAM BANK NEGARA...????

Betulkah Ada TROJAN HORSE ATAU PARASIT Di Dalam Bank Negara Yang Di Katakan Mengeluarkan Cadangan-Cadangan Yang Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah.



H LONG AAHHH AH LONG KETEPI2 SAYA BANTU, Sekarang Ada Tangan Ajaib Yang Bantu Mereka Di Mana Tempat Mereka Di Amik Alih Oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Regim Baru Yang Jadi Parasit Ni Akan Memenjarakan Mereka Yang Muflis ( Contoh Yang Tidak Mampu Bayar Kerana Tekanan Kehidupan, Papa Kedana Atau Gagal Mengistiharkan Pemilikan Motorsikal Yang Berusia Lebih 40tahun Yang dah Jadi Besi Buruk Pun). Rasanya Nasib Ratusan Ribu Terutama Para Siswazah, Anak Muda Yang Baru Nak Majukan Diri Dan KAKITANGAN KERAJAAN Bakal Ramai2 Beratur Ke Penjara.

Bila Mereka Di Tekan, Bila Nama Mereka Di Senarai Hitamkan...MEREKA AKAN BERJUMPA NGAN AH LONG..Adeeiiiiiii....Ibarat Sudah Jatuh Di Timpa Tangga..

CAMANA BOLEH JADI CAMNI? ADA KUDA TROJAN BOLEH SESAT DALAM KANDANG KIJANG EMAS? PASTU DENGAR KABO KUDA TROJAN TU NAK NYUSAHKAN 1.2 JUTA KAKITANGAN AWAM DENGAN IMPLEMENTASI POLISI YANG BAKAL MENYUSAHKAN PIHAK KERAJAAN...

SIAPA KUDIS DAN PARASIT INI? SAYA MEWAKILI SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA (SAM1M) RASAKAN PIHAK KERAJAAN HARUS PEKA TERHADAP ISU INI, JUMPA DOKTOR PI UBAT DULU KUDIS NI SEBELUM JADI PENYAKIT KANSER..

DI BAWAH ADALAH SATU KES YANG BENAR2 YANG BERLAKU OLEH PARASIT GILA KUASA NI.



Suradi bin Daruis telah menjadi penjamin kepada isterinya (Rosnah) yang membeli kereta dan kereta dibayar dengan baik selama 2 tahun. Malangnya kemalangan berlaku dan si suami patah kaki dan tak dapat bekerja selama setahun. Desakan hidup dan masalah yang tidak diduga telah menyebabkan mereka gagal membayar ansuran bulanan. Kereta telah disambung bayar oleh seorang saudara yang kemudiannya menghilangkan diri. Kereta kemudian ditarik setahun selepas itu. Dengan berbagai caj dikenakan tuntutan telah dibuat oleh syarikat kewangan dan suami isteri diisytihar muflis (dalam lingkungan RM 30,000). 

Oleh kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara. Diberitakan walaupun di atas desakan Pengarah Pendakwa Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), "PARASIT TROJAN HORSE" ( yang amat angkuh dan tidak berhati perut yang diberitakan adalah anak saudara kepada seorang bekas Hakim Negara) untuk memenjarakan pasangan ini, Pendaftar Kanan hanya mensabitkan suaminya sahaja. ( diceritakan juga, biasanya kertas penghukuman setiap kes telah disiapkan oleh JIM, pendaftar kanan hanya tandatangan sahaja).

Mereka terpaksa menjual motosikal yang digunakan untuk mencari kehidupan untuk membayar tunggakan tetapi masih kurang RM 150.00. Walaupun yang kurang hanya RM 150, Suradi dihantar juga ke penjara. Saudara mara telah mencari peguam untuk merayu tetapi rayuan ditolak di atas sebab teknikal. Kini, Pendakwa "PARASIT TROJAN HORSE" meminta mahkamah untuk menambah hukuman ke 6 bulan. Keghairahan ini tidak terfikir kepada kita manusia biasa. Manusia jenis apa ini? Ujian Allah mengingatkan "PARASIT TROJAN HORSE" dengan penyakit belakang dan bercuti selama 2 bulan tidak membawa sebarang kesedaran kepada perempuan ini.

Sekarang ini, si isteri tidak bekerja dan terpaksa menyara 3 orang anak yang sedang mengambil SPM, PMR dan UPSR. Bayangkanlah jika ini terjadi kepada kita?

Mari kita renung keadaan ini. Adakah ini patut dan berperikemanusiaan? Patutkah si isteri sekarang pergi mencuri untuk membayar baki RM 150 untuk dibayar kepada JIM. Jika hukuman bagi 6 bulan diperolehi untuk terus menghukum si bankrap, maka si isteri terpaksa membayar dengan mencuri atau merompak untuk ansuran selama 6 bulan akan datang atau menjual salah seorang daripada anak-anak bagi mengelakkan tindakan sinis JIM ini ataupun perlukah si suami apabila keluar penjara pergi merompak untuk membayar ansuran bulanan sedangkan makanan di rumah pun tiada untuk diberi kepada anak-anak? Nampak gayanya Ah Long yang dulunya seperti iblis akan jadi lebih baik daripada JIM sekarang ini. Tak perlulah usaha penjenamaan semula JIM kepada MDI (Malaysia Department of Insolvensi….bahasanya Inggeris la pulak, Koperatnya! Memang dasar kumpulan manusia zalim yang lupakan diri). 

Apapun yang paling jelas adalah kegagalan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tanggungjawab mereka membantu para muflis pulang ke pangkuan masyarakat tapi berjaya menzalimi mereka dengan menghantar mereka yang papa dan tak mampu/gagal membayar ke penjara. Diberitakan,"PARASIT TROJAN HORSE" begitu teruja apabila berjaya dalam kes-kes memenjarakan orang-orang miskin dan muflis ini. Diberitakan juga ada pegawai JIM yang ditugaskan untuk mensabitkan para muflis ini menangis melihat hukuman yang dijatuhkan sementara pengarahnya bersorak keseronokan. Apa punya manusia…JANGAN SABOTAJ USAHA YAB DS NAJIB.


SEMUA dari BLOG INI

SIAPAKAH PALING KAYA DI MALAYSIA SEHINGGA 20 JANUARI 2012..???

Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.


Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion. Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012. — BERNAMA

PAS KIBAR BENDERA SAMBUT THAIPUSAM SEOLAH-OLAH REDHA DENGAN PERBUATAN KUFUR....!!!????

Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan reda dengan orang yang melakukan kufur..!!!!


SEBALIKNYA......



Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

ADAKAH INI GAMBAR YANG MUFTI PERAK ITU MAKSUDKAN....



KESAMARATAAN DALAM AGAMA..???

Adakah gambar-gambar berikut benar-benar telah membuktikan bahawa pendirian Anwar Ibrahim di dalam kecenderungan terhadap fahaman pluralisme agama adalah TEPAT...???





GAMBAR-GAMBAR DI AMBIL DARI   SINI

*** Rakan lama Anwar ketika sama-sama menuntut di UM telah meninggalkannya sebaik sahaja beliau mendapat tahu bahawa Anwar adalah pendukung fahaman pluralisme agama... BACA DI SINI

ISRAEL RESTU SOKONGAN ANWAR....!!!

Patutlah Anwar Ibrahim suka sangat sokong Israel... ada geng yang merestuinya....!!!


The Jerusalem Post  menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini. 

“Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel”, kata Ordman.
Ordman adalah penulis blog dari ‘Good News From Israel‘ turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.






250 Juta NFC... HEBOH MCM LANGIT NAK RUNTUH... TAPI SELANGOR RUGI 250 JUTA..... ????

MELALUI SUMBER  DI SINI  DARI   SINI    


'Kehilangan' Tanah Bernilai RM250 Juta Cetus Kontroversi

Oleh B.K. SIDHU 

SHAH ALAM: Kerugian tanah bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) telah mencetuskan kontroversi. 

Tanah pegangan pajak berkeluasan 234ha di Gombak disita oleh Kerajaa Selangor, pemegang saham terbesar dalam KHSB. 

Namun, terdapat pemegang saham yang memberitahu mereka tidak menyedari perkara itu. 

Tanah yang dimiliki SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB) dirampas oleh kerajaan negeri pada Ogos lalu. 

Tempoh pegangan pajak itu hanya berakhir pada 25 Jun 2090. 

Difahamkan, pemegang saham telah membuat aduan kepada Bursa Malaysia. 

KHSB ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2003. 

Ia merupakan aset hartanah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). 

SAP Holding Bhd terlibat dengan beberapa projek pembangunan di Selangor dan syarikat itu mengendalikan pengurusan projek, pembinaan dan pengurusan kelab dan tempat peranginan dan pembangunan hartanah. 

Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra dan Hashim Kamil Harun bertindak sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya. 


Raja Idris juga merupakan Pengarah KDEB yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Dalam satu aduan, seorang pemegang saham mendakwa tiada tindakan diambil oleh pengarah SAP dan KHSB untuk menyelesaikan atau berbincang mengenai isu tersebut. 

Raja Idris ketika dihubungi mengesahkan rampasan tanah itu. 

"Sebab yang diberitahu pegawai tanah untuk merampas tanah itu adalah kerana wujudnya aktiviti kuari secara haram sejak bertahun-tahun lamanya," katanya. 

Beliau berkata, pemegang saham (menerusi laporan tahunan) dan Bursa Malaysia terus dimaklumkan mengenai perkembangan itu. 

Raja Idris berkata, KHSB telah membawa perkara itu ke mahkamah, September lalu. 

Seorang pemegang saham berkata, "Kerajaan Selangor mungkin pemegang saham terbesar tetapi hak dan kepentingan pemegang saham lain tidak patut diketepikan." 

Raja Idris berkata, mesyuarat agung tahunan dijadualkan pada Jun ini.


*Tak sabar  nak tunggu jawapan LOW CLASS dari pemimpin SECOND CLASS LOWER. Dia kan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi, takkan tak tau kot...