Thursday, 6 December 2012

SAHIH....DR. MAZA AKAN JADI ADUN PKR..!!!




KUALA LUMPUR : Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata sumber-sumber.

Antarapos difahamkan Mohd Asri akan diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

"Ya betul, beliau (Mohd Asri) akan bertanding di DUN Penanti dalam pilihan raya akan datang," kata sumber itu.


Jelas sumber itu, PKR menggunakan orang tengah menemui Mohd Asri bagi membincangkan perkara tersebut dan setakat ini ulamak itu bersetuju bertanding di DUN Penanti.

Sebelum ini Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada PRU13 meskipun menerima tawaran daripada banyak pihak untuk berbuat demikian.

Pada pilihan raya umum empat tahun lalu, PKR memenangi kerusi Penanti.

Namun satu pilihan raya kecil diadakan pada 31 Mei 2009 selepas ADUNnya Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Mansor.

Mansor memenangi kerusi itu tanpa bertanding setelah BN memulaunya kerana menganggap ia tidak membantu proses demokrasi. 

DUN Penanti adalah di bawah kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. - AntaraPos

No comments:

Post a Comment