Saturday, 29 December 2012

SADIS : 6 BULAN BERKAHWIN, SUAMI PUKUL ISTERI HINGGA MAUT


Nor Fatimah Anis Md. Radzi dan suami pada majlis pernikahan mereka di Kodiang, Jitra, Jun lalu.
Kata orang : Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.
Rezeki, ajal dan maut itu adalah ketentuan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menjangka dengan 100% tepat apa yang akan berlaku terhadap 3 perkara itu kepada diri kita sendiri. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Mendirikan rumahtangga dalam usia yang terlalu muda, rasanya agak jarang kita temui di dalam dunia moden serba canggih hari ini. Tetapi agak mengejutkan teman, apabila membaca artikel bahagian Jenayah di Utusan Online hari ini mengenai kisah trajis dan sadis, suami telah memukul isterinya yang berusia 17 tahun hingga maut ketika usia rumahtangga mereka  baru mencecah 6 bulan. Jika tidak silap perkiraan teman, ketika mereka mendirikan rumahtangga, isterinya masih dibangku sekolah Tingkatan 5 dan akan menduduki SPM 2012 (jika masih bersekolah).

Ikuti selanjutnya....


ALOR SETAR 28 Dis. - Angkara cemburu, seorang suri rumah berusia 17 tahun yang baru enam bulan melangsungkan perkahwinannya maut selepas dipukul suaminya di kepala dipercayai menggunakan objek keras dalam satu pertengkaran dengan seorang kenalan lelaki mereka awal pagi ini. 
Dalam kejadian pukul 2.15 pagi di sebuah rumah di Kampung Alor Gelegah di sini, Nor Fatimah Anis Md. Radzi ditemui mati di rumah mertuanya itu oleh salah seorang ahli keluarga mereka yang tinggal bersebelahan kediaman dua tingkat tersebut. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pasangan suami isteri berkenaan pada mulanya dikatakan bertengkar di hadapan rumah tersebut sebelum mereka keluar dengan menunggang sebuah motosikal.

*** Seorang suami yang baik, sepatutnya membimbing isterinya ke jalan yang diredhai dan bukan mengikut perasaan jika terdapat perselisihan atau mengambil jalan mudah dengan melakukan pembunuhan untuk menyelesaikan masalah....

No comments:

Post a Comment