Friday, 21 December 2012

NIK AZIZ MENYAYANGI DAP LEBIH DARI AGAMA ISLAM....



Pendedahan mengenai kerakusan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan telah 'membaham' tanah-tanah rakyat di Gua Musang untuk diberikan kepada cina DAP sangat mendukacitakan seluruh rakyat di Negeri Kelantan.

Isu yang didedahkan oleh blogger Pisau.net beberapa hari yang lalu mengenai pemberian tanah seluas 10,000 ekar itu bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz dengan penafian yang bersifat 'kluk-klek', begitupun Nik Aziz membela dan menyayangi DAP lebih dari agama sendiri, pemimpin DAP tetap menuduh Pas sebagai pengkhianat dengan menuduh pemimpin Pas yang membocorkan mengenai maklumat berkaitan tanah berkenaan.

Belum apa-apa lagi sikap DAP yang terburu-buru menuduh Pas itu sedikit sebanyak memperlihatkan semangat kesetiapakatan terlalu rapuh diantara mereka, bila berlakunya keadaan seperti ini barulah rakyat jelas tentang hubungan parti-parti didalam PR

Lebih memperlihatkan sikap buruk dan cacar-marba mereka yang sering melaung-laungkan mengenai kebebasan media apabila sebuah portal milik pembangkang yaitu FMT dilihat telah menarik balik artikel bertajuk 'Pemimpin DAP Dakwa Pas Bocorkan Rahsia Tanah Di Kelantan' sebelum menggantikannya dengan artikel yang menuduh Umno pula yang membocorkan maklumat berkaitan tanah rakyat itu.

Bagi mendapatkan keterangan terperinci mengenai penyelewengan tersebut, sila rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.





LIHAT VIDEO BERIKUT :



SUMBER :  GK

No comments:

Post a Comment