IPOH : Peniaga limau bali, Muhammad Ridhuan Tan, 38, bimbang perniagaannya terjejas berikutan kehadiran dua lelaki bersenjatakan parang berhampiran premis perniagaan sejak beberapa minggu lalu.
Ridhuan yang berniaga di kawasan Hentian Limau Bali Tambun, Jalan Gopeng, di sini, berkata, suspek yang menaiki kereta Proton Wira dan Kia Spectra kerap berlegar-legar di kawasan itu, seolah-olah mahu menakutkan peniaga dan pelanggan.
“Saya curiga dengan tindakan lelaki terbabit yang muncul sambil menunjukkan parang selain mengucup senjata itu. Tingkah laku mencurigakan itu membuatkan saya memberanikan diri bertanya mengapa mereka sering berada di sana, namun nama teguran itu langsung tidak dipedulikan.
“Sebaliknya, lelaki berkenaan menjeling tajam sebelum beredar dari situ. Saya bimbang berlaku sesuatu tidak baik kepada keluarga dan premis perniagaan ini dengan kemunculan individu berpenampilan seperti samseng dan menakut-nakutkan peniaga dan pelanggan,” katanya.
Dia memaklumkan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika kehadiran mereka mengancam nyawa peniaga dan pelanggan di kawasan tumpuan pelancong berhampiran tokong Sam Poh Tong itu - myMetro
Dia tu baru balik dari kebun ....sekarang ni kan musim durian ........apala lu orang......
ReplyDelete