Friday, 14 December 2012

KENANGKANLAH! KAFIRKAH AKU.....???


Penyu yang gemalai lemahnya dihapus hancur kerana Allah,
Helang yang sempurna perkasa dibiar megah, berpancak gagah.
Ketahuilah wahai si dabik dada yang tahu, 
Sungguh!.. Islam itu bersih pada awalnya, tengahnya dan akhirnya...
Kapak hikmah Khalilullah penerang segala cerita dusta lagi curang, 
Muhammad yang agung, penerus bersih rumah suci kesatuan hati. 
Duhai para pemimpin yang hakikatnya tetap abdi, hinakanlah dirimu kembali pada Ilahi.

Bangunlah wahai Ikhwan, kembali kepada kisah dan tauladan. 
Tenangnya Sang Khalid dipecat Umar di tengah medan. 
Tawaduknya Umar di ingat ummat selaku amaran kebenaran. 
Sabarnya Al Fateh membentuk akhlak dengan hukum tuhan.

Wahai pemimpin yang hakikatnya tetap abdi... kenangkanlah. 
Salehuddin mewakafkan pangkat Sultannya di khemah perjuangan,
Wahai pemimpin yang hakikatnya abdi dalam kelekaan. 
Kenangkanlah!... Kenangkanlah!... 
Kenangkanlah nikmat tuhan kamu yang mana satukah yang telah kau dustakan ?!!...

Wahai pemimpin yang bakal menghadap Kadirabuljalil !...

Jangan pernah disia hampa kurban nyawa itu, nyawa yang sedia menerima bidikan PELURU hasil kalam semangat mu disatu ketika dulu.

"KAFIRkah Aku ?" adalah sebuah buku penulisan C.N Al Afghani yang mendedahkan KELEMAHAN-KELEMAHAN PAS yang boleh dibahaskan oleh sesiapa dengan sesiapa sahaja. Di dalam buku ini juga dibekalkan fakta-fakta dan pembuktian tentang Kemunafikan, 

Kefasikan & Musyriknya dikalangan mereka dalam Penipuan, Pembohongan & Fitnah-Fitnah yang membunuh mentaliti-mentali Keimanan & Ketakwaan Muslim di Malaysia daripada Beriman & Bertakwa kepada Allah serta mengalih pemikiran-pemikiran tersebut kepada Parti Politik Islam SeMalaysia.

Dapatkanlah Naskah Anda Hari Ini Sementara Stock Masih Ada.

Sila inbox Padi Jantan untuk sebarang maklumat :) atau datang sendiri ke Madrasah Salihiah untuk dapatkan Naskah anda. Harga Rm15.00 Senaskah Termasuk Sumbangan Derma & Kos Penghantaran.

*Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada Tabung Bantuan Guaman Kes Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. SALAM PERJUANGAN

    Pohon dipautkan http://mrmontero.blogspot.com dalam blog tuan

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perjuangan kembali....
      1st...terima kasih sudi singgah.
      Tidak ada masalah utk itu, mohon pautkan juga blog ini d blog tuan.... really appreciate, tqvm.

      Delete
  3. mohon pautkan blog sy
    www.abelongthekacak.us atau http://eyeshield21-along.blogspot.com
    terima kasih

    ReplyDelete