Saturday, 15 December 2012

JAMBATAN PULAU PINANG YANG BERSEJARAH

Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga  terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4  kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya  Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di  Seberang Prai.


Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian

Kerja  pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya  3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan  ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian  kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur  tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed  bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985  untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah  13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum  tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang  masih beroperasi sehingga sekarang.

  • Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
  • Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
  • Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
  • Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
  • Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
  • Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
  • Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
  • Gantungan utama: 225 Meter
  • Gantungan hujung: 107.5 Meter
  • Gantungan lain: 40 Meter
  • Had laju: 80 km/j


Tarik-tarikh Penting :

  • Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23  Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau  Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • Tahun 1982 - Pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam

Sewaktu dalam pembinaan

Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang

Beberapa  hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam  melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi  peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu  peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana  jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang  mengambil peluang tersebut.



Nota : Jambatan Ke-2 Pulau Pinang, sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada September 2013.

No comments:

Post a Comment