Wednesday, 5 December 2012

ISU ANAK DERHAKA : NAJWA BERSUARA DALAM DIAM


Susulan panggilan “anak derhaka” yang ditujukan kepada Najwa Latif oleh ayahnya sendiri, tuan punya badan hari ini menggunakan medium twitter untuk memberikan reaksinya. Bagi Najwa, dia lebih rela berdiam diri daripada membuka aib ayahnya sendiri.



 Ini satu langkah yang bijak daripada seorang anak. Kalau cakap lebih-lebih, kang terbukak segala cerita yang seharusnya diketahui oleh keluarga sahaja. Siapa yang malu? Najwa Latif dan keluarga mereka juga. Apa pun peminat Najwa Latif ternyata banyak memberikan sokongan kepadannya dan Najwa sangat berterima kasih di atas sokongan tersebut.




 Semoga Najwa Latif dan kakaknya tabah menghadapi dugaan sebegini. Cubalah berbaik-baik semula dengan ayah anda. Sebaik, sejahat mana pun, Abdul Latif itu tetap ayah yang harus disayangi dan dihormati. - sumber

No comments:

Post a Comment