Wednesday, 19 December 2012

FESYEN EDITOR MENGHINA PAKAIAN MENUTUP AURAT....!!!

Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam! - Terbakor

Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa. Itulah orang kata, bila hati dah mati, dah kotor, memang takkan nampak kebaikan di sebalik purdah tu. 

Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul “I Walked Around in a Burqa All Day (And I’m Not Muslim)” telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York.
Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang ‘Muslim’ untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

Dalam penulisannya, Annette telah mengambarkan pelbagai perkara dan perasaannya mengenai jubah dan burqa sewaktu berjalan-jalan.
Sebelum ini, dia tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Islam apatah lagi mengenai pakaian wanita Islam.
Jadi, Annette ada melakukan sedikit kajian mengenai jubah dan burqa di Internet supaya dia tahu di mana untuk dia membeli pakaian-pakaian itu.

Annette dengan jelas menyatakan dia tidak suka memakai jubah dan burqa kerana berasa terlalu panas.
Malah, dia menyatakan pandangan umum terhadap dirinya ketika memakai jubah adalah seperti orang jahat. Bukan itu sahaja, anjing peliharaannya juga takut untuk memandang dirinya.
“My dog Bowie was really confused by my outfit. The only other time I’d seen her this freaked out by me was when I dressed up as a pregnant nun on Halloween.
“The final look. We hadn’t left my house but I was already bitching about how hot it was. I wanted to go naked under the abaya but since burqas are supposed to be outwear, I wore it over a crop top and the shortest shorts I could find in my closet.
“No one really paid much attention to me except the woman on the bench behind me who was sitting with her children. She dragged them to the other end of the platform when she saw me step onto the train. What a bitch!” tulis Annette.
Selain itu juga, Annette juga menggambarkan jubah yang dipakainya tidak ubah seperti watak Batman dan amat sesuai dipakai sewaktu hujan turun.
Setiap penceritaan Annette dalam penulisannya benar-benar telah mengguris hati semua wanita Islam di seluruh dunia.
Untuk membaca penulisan penuhnya, boleh layari di sini http://goo.gl/2qWEu.

Mynewshub

No comments:

Post a Comment