Tuesday, 4 December 2012

EUROCOPTER EC725 - SENJATA PEMBANGKANG SERANG KERAJAAN....???

 Eurocopter EC725 - Malaysia Bakal dapat 2 buah

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 baru bagi menggantikan pesawat Nuri pada hari ini (3 Nov 12).

Helikopter Nuri seperti yang anda sedia maklum sudah menjangkau usia 40 tahun di dalam perkhidmatan TUDM.  EC725 yang dikhususkan untuk operasi menyelamat kombat (CSAR) akan mencetus sejarah baru dalam sejarah ketenteraan negara kita sebagai helikopter pertama seumpanya yang memasuki perkhidmatan aktif.

Ciri utama yang membawa kepada pemilihan EC725 adalah bilangan sayap (5 bilah) yang sesuai untuk hovering lebih lama di dalam operasi CSAR disamping keupayaan membawa hampir 30 orang anggota tentera dalam satu-satu masa. 




EC725 yang mengalahkan para pesaing lain seperti MI-!7V, Agusta EH101, Chinook dan Blackhawk adalah jenis helikopter yang memenuhi kehendak operasi TUDM terutamanya CSAR dan tugas-tugas utility lain.   EC725 yang dilengkapi dengan peralatan/senjata standard:

1.  Gogal penglihatan malam
2.  Radar pengawasan EWR99, 
3.  Mesingun 7.62mm (kiri dan kanan), 
4.  Giat mounted canon 20mm dengan 180 pusingan peluru,
5.  Alkan Elipse Chaft/flare dispenser bagi tujuan pertahanan dari serangan SAM/AAM.

Manakala peralatan dan sistem persenjataan lain boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan.

Selain itu, menurut Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, juruterbang TUDM sudah dihantar ke Perancis utuk menjalani latihan menggunakan pesawat baru itu sebelum ia di bawa balik ke Malaysia. 

"Pesawat terakhir dijangka akan diterima pada Januari 2014.  Dua daripada pesawat itu akan ditempatkan di Kuantan manakala stimulatornya di Subang," 

Jeneral Tan Sri Rodzali Daud turut menyatakan, kesemua pesawat itu akan dihantar secara berperingkat-peringkat dengan pesawat terakhir masih lagi di pasang di Perancis. 

Beliau turut menjelaskan TUDM sedang dalam perancangan untuk menggantikan pesawat yang digunakan untuk latihan dengan pesawat baru yang dilengkapi teknologi terkini

Sebelum ini, Lim Kit Siang pernah sekeras-kerasnya mempersoal pembelian aset terbaru dalam TUDM ini dengan membandingkannya harga yang diperolehi bagi 50 buah EC725 oleh angkatan tentera Brazil.  Mungkin beliau tampak seperti HERO oleh sesetengah pihak, namun ia jelas mempamerkan ke’dungu’an dan kekurangan daya pemahaman persenjataan d kerana dunia mengetahui bahawa Brazil sudah lama mengeluarkan helikopter (jenis selain EC725) dan komponen komponen pentingnya seperti enjin dan peralatan elektrik melalui syarikat Helibras bagi pihak EADS (pengeluar asal EC725).  

EC725 juga adalah bagi menggantikan helikopter Nuri yang sudah dimakan usia serta terlibat dalam banyak kemalangan yang mengorbankan bukan sedikit nyawa juruterbang dan anggota TUDM.

Pihak EADS dan Helibras telah meraikan EC725 pertama yang dikeluarkan dari kilang produksinya di Itajuba, Minas Gerais Brazil.  Dikenali dengan nama jolokan Caracal (versi Perancis Cougar), ia melebarkan kerjasama sedia ada Helibras dan EADS yang telah terjalin sejak 1978. Sudah tentu dengan pengalaman Brazil di dalam mengeluarkan secara berlesen EC725 akan dapat mengurangkan kos perolehan EC725 tidak seperti Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada EADS untuk mengeluarkan kesemua 12 buah EC725 yang dipesan.

TUDM - SENTIASA DI ANGKASA RAYA!!!

No comments:

Post a Comment