Saturday, 15 December 2012

BLOGGER UMNO CALON PRU 13....???


Siapakah yang paling layak....?
Siapakah 'winnable candidate' di kalangan blogger-blogger pro-Kerajaan....?

Nampaknya suasana pilihan raya sudah semakin di rasai khususnya oleh mereka-mereka yang kini menyandang jawatan mahupun mereka-mereka yang menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon wakil rakyat. Malah dalam keriuhan "winnable-winnable candidate" ini merencana gerak kerja masing-masing pucuk pimpinan parti awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa hanya yang benar-benar layak sahaja akan dipilih bagi mewakili rakyat dalam kawasan masing-masing.


Bagaimana kategori sejelasnya menjadi misteri kepada seluruh bakal-bakal calon tetapi yang pasti pucuk pimpinan sudah pun menyatakan mereka mencari "winnable candidate" yang mampu membawa aspirasi perjuangan parti seterusnya rakyat dan negara.

Semua kenyataan di atas sedang berlaku kini dalam parti keramat UMNO dan mengapa ianya menjadi bualan di serata pelosok kawasan ? Jawapannya mudah kerana UMNO dan Barisan Nasional kini sudah belajar serta bangun dari kealpaan dan sikap besar kepala yang dulunya menjadi amalan segelintir wakil-wakil mereka.

Khabar angin di kalangan orang-orang UMNO mengenai calon yang akan bertanding bagi mewakili kawasan masing-masing juga sangat hebat. Jika minggu ini, khabarnya sipolan yang akan bertanding, tetapi minggu depan lain pula orangnya. 

Perdana Menteri pernah berkata secara bergurau bahawa antara calon-calon yang akan mendapat pertimbangan adalah yang aktif di alam maya. Semestinya, jika bukan facebooker yang mempunyai 'frenlist' tahap maksima atau page yang di 'Like' ratusan ribu orang, mungkin juga seorang tweetarian. Ataupun seorang blogger yang mempunyai pengikut  puluhan ribu. Beberapa rakan teman pernah berkata kepada teman, kekadang blogger dilihat lebih 'serba tahu' jika dibandingkan dengan PM.... hahaha...betul ke?

Untuk itu, mungkinkah blogger pro kerajaan adalah di antara calon 'winnable candidate' PRU 13...???

Baca seterusnya.... MMI

No comments:

Post a Comment