Saturday, 8 December 2012

AWAS !!! 'CIVIL SOCIETY' DI MALAYSIA...!!!



Seorang peserta berkongsi pengalaman tentang bahayanya gerakan masyarakat sivil (civil society) di Malaysia semasa mendengar ceramah bertajuk “Liberalisme dan pluralisme kesannya ke atas akidah” oleh Ustaz Fathul Bahari Mat Yahaya di Bangi, 4 Disember.
Menurut peserta itu, liberalisme dan pluralisme adalah matlamat terakhir yang dibawa oleh gerakan masyarakt sivil yang ditaja Barat.
Sebelum mencapai matlamat itu, gerakan msyarakat sivil akan menggunakan pendekatan memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam dengan membawa empat agenda, iaitu agenda demokrasi,open governance, hak asasi manusia dan kebebasan individu.
“Tahun lepas, di Turki, Naib Presiden AS, Joe Biden menyuruh kerajaan Turki menghimpunkan ramai usahawan muda Turki yang diceritakan kaitan kebebasan individu dengan keusahawanan.
“Seminggu selepas itu, Hillary Clinton pergi (ke Turki) pada group yang sama bercerita mengenai kebebasan individu dan ditambah ‘kebebasan peribadi termasuk kebebasan beragama’,”katanya.
Menurutnya, inilah langkah-langkah halus yang dijalankan untuk mencapai matlamat terakhir itu.
Simbol Masyarakat Sivil Sedunia

Sumber : AIDC News

No comments:

Post a Comment