Thursday, 6 December 2012

A2G11-ER : SEMOGA ALLAH AKAN MEMBERKATIMU.....


Delegasi Aqsa Syarif (A2G11-ER) ke Palestin yang telah disertai Afdlin Shauki, Bront Palarae, Zain Saidin bersama 6 crew Vision Works beserta team badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah kira-kira jam 5.45 pagi (waktu Mesir) semalam.

Daripada Kaherah, mereka telah meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah untuk memasuki Gaza. Mereka tiba di Gaza City, bandar utama di Semenanjung Gaza pada Jam 7:30 malam Palestin (12:30 mlm M'sia) dengan iringan Engr. Ab Rahim Shihab dari Jabaliya Islamic Society dan Ust Haris Bain dari Pertubuhan IKRAM Mesir (ahli misi A2G10 yang menunggu di sana).

Selepas menikmati makan malam di Gaza City, ahli misi akan bergerak ke hotel dan kemudian mengadakan mesyuarat bersama NGO tempatan untuk merancang pergerakan esok. Selain memberi bantuan serta merakamkan kehidupan masyarakat di sana, delegasi Aqsa Syarif (A2G11-ER) yang diketuai Tn Hj. Norazmi Talib juga turut membawa wang kutipan sebanyak RM 101, 300 untuk diserahkan kepada pihak di sana.

Dalam facebooknya, Afdlin Shauki sempat menulis:

"Kepada semua yang mengenali saya Afdlin Shauki bin Aksan, terutama sekali saudara-mara dan sahabat handai, saya ingin meminta maaf jika selama kita berkenalan anda rasa saya telah dan pernah menyalahi anda, melakukan sesuatu yang membuat anda terasa.


"Sememangnya itu bukanlah niat saya dan seperti anda saya hanya manusia biasa yg ada banyak kelemahan dan kerap membuat kesilapan. Ampunkanlah. Halalkan termakan dan terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya. Assalammualaikum. I will be back insyaa allah"...

"Walaupun saya tidak akan berada di Maharajalawak Mega untuk minggu ke empat, saya berharap, sokongan padu terus di beri kepada sahabat-sahabat BOBOI pada minggu itu. Insya Allah saya akan berkongsi pengalaman saya di sana bersama anda. Tolong Doakan kami selamat pergi dan kembali.

Delegasi Aqsa Syarif (A2G11-ER) ini akan berada di Gaza selama 7 hingga 8 hari. Marilah kita sama-sama mendoakan agar usaha murni mereka itu akan diberkati Tuhan.

No comments:

Post a Comment