Thursday, 15 November 2012

WUPID 2012 TAMPILKAN 4 UNIVERSITI UTAMA DUNIA


KUALA LUMPUR  -  Empat universiti utama dunia adalah antara 30 universiti akan menyertai pertandingan tahunan Debat Jemputan Keamanan Universiti-Unversiti Sedunia (WUPID) 2012 di sini, bulan depan.
Menurut kenyataan Taylor’s University semalam, empat universiti berkenaan ialah :
1. Oxford University, England.

2.  University of New South Wales, Australia. 

3. Monash University, Australia. 

4. University of Cape Town, Afrika Selatan.

Pertandingan dari 1 hingga 4 Disember itu, akan menyaksikan peserta muda dari universiti utama antarabangsa mendebatkan topik berkaitan keamanan dunia.
Taylor’s University merupakan universiti swasta pertama di Malaysia bekerjasama dengan penganjur WUPID untuk menganjurkan pertandingan tersebut tahun ini.
Pertandingan pusingan kelayakan akan diadakan pada 1 dan 2 Dis manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 4 Dis di Kampus Lakeside, Taylor’s University di Subang Jaya Kenyataan itu menyebut orang ramai dijemput menyaksikan pertandingan debat teersebut. — BERNAMA
*** Laporan BERNAMA itu tidak pula menyebut universiti dari Malaysia adalah antara 30 universiti yang tersenarai..... Tapi biasanya, dalam setiap pertandiangan/kejohanan, tuan rumah layak menyertai secara otomatik....

2 comments:

  1. kelayakan auto hanya pada 4 universiti debat terbaik dunia, dan mereka di sponser penuh, universiti tempatan hanya di jemput bertanding jika mereka mendapat ranking yg tinggi di dunia sahaja, uitm s.alam berada di tempat 26 di dunia, uitm terengganu di tempat 406, uia gombak di tempat 30,uia pj 293,uia kuantan rujukan http://idebate.org.uk/rankings/rankings/

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf silap, sponsorship 2 mungkin dh di lupuskn,

      Delete