Tuesday, 27 November 2012

TERKINI !!! ABBY DEDAH HASRAT KAWIN DI INSTAGRAM

Melalui blog DisiniBermula teman dapat tahu bahawa, Abby Abadi yang popular dengan gelaran Ustazah Mee Segera di kalangan rakan blogger, cuba mendedahkan bahawa kini dia sedang menuju ke arah hari bahagia bersama seseorang yang bakal menjadi suaminya, melalui Instagram.

Berikut dipaparkan artikel tersebut :

Abby Abadi Bakal Bernikah Dengan Siapa?


Walaupun Abby Abadi yang kini manis bertudung sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, namun dia seorang yang aktif juga mengemaskini laman sosial Twitter dan juga Instagram miliknya dan Admin adalah salah seorang follower dialah. 
Namun, gara-gara foto dan status yang dikemaskinikan di dalam Instagram itu baru-baru ini, Admin sendiri masih tertanya-tanya betulkah Abby akan berkahwin? 
Dalam banyak-banyak foto tersebut, Admin ternampak sekeping foto seperti Abby berada di dalam kedai bunga dan dalam statusnya menulis ” Mencari apa yang patut untuk…Jeng! Jeng! Jeng! Huhu…Yang penting yang wajib di dahulukan, kan? Couple2 banyak dosa, kahwin semua buat dapat pahala kan? So apa lagi! Hehe 3 #JomNIKAH ;D” 
Paling manis, ada sekeping foto itu seperti seorang perempuan yang kelihatan seperti Abby bersama seorang lelaki yang mana masing-masing memegang kad yang tertera ayat ‘Marry me!’ dan ‘You and Me’. Lebih mencurigakan foto itu berserta dengan status Abby yang menulis ” Cenggg! Cenggg! Tajuk Album: Takdir Penentu Segalanya…” 
Status dan foto yang dimuat naik itu menjadi tanda tanya bukan sahaja Admin malah peminat serta followernya juga. Malah ada yang sudah mendoakan kebahagiaan Abby serta mengucapkan tahniah di laman Instagram milik akaunnya itu. 
Teruja juga Admin hendak tahu siapa gerangan jejeka tersebut kerana dalam banyak-banyak komen yang diberikan oleh follower atau pengikutnya di dalam Instagram itu ada yang meneka Pak Ustaz. Kalau ya, baguslah kan kerana Abby pun sudah berhijrah. 
Haiiii…kalau betul lah Abby hendak mengakhiri status jandanya baguslah dan Admin hendak ucapkan tahniah, dia pun sudah agak lama bersendiri selepas bekas suaminya Norman Hakim berkahwin dengan pelakon, Memey. 
Apa-apa pun, Admin doakan semoga Abby bertemu dengan jodoh yang sepadan dan baik untuk dirinya.

*** Jika benar, Abby akan bernikah, elok lah tu, harap lepas nikah nanti suaminya mampu memperbetulkan mulut Abby dari terus mengeluarkan kenyataan bodoh dan 'low class' akibat ketaksuban terhadap PAS!!!

1 comment:

  1. molek la kawen bro, kurang sikit celupar nyer!

    ReplyDelete