Wednesday, 21 November 2012

PKR SUDAH GOYAH DI PERAK....???

IPOH - PKR Perak semakin celaru selepas beberapa pemimpin di lima cabang di negeri ini didakwa mula meluah rasa tidak puas hati terhadap pimpinan mereka.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, pemimpin di lima cabang itu ada menemuinya dan bercerita mengenai masalah dan ketidakpuasan hati mereka.

Tidak mendedahkan nama cabang terbabit, Fauzi mendakwa, ketidakpuasan hati itu di tahap serius dan mungkin boleh menjejaskan peluang PKR Perak menang Pilihan Raya Umum-ke-13 (PRU13).


“Ada antara mereka terdiri daripada ketua cabang, pengarah pilihan raya dan beberapa pemimpin kanan.
“Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti kerana saya yakin pemimpin-pemimpin yang kecewa ini tidak akan dilayan oleh pimpinan Negeri Perak,” dedahnya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, mengulas pergolakan Pakatan Rakyat (PR) Tambun, beliau berkata, PKR sebenarnya mengharapkan jentera pilihan raya Pas untuk mempertahankan dua kerusi di Parlimen Tambun.
Katanya, PKR Tambun perlu mengakui hubungan antara mereka dengan Pas memang sedang bergolak kerana PKR cabang itu hanya bergantung pada jentera Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Menurutnya, wajar untuk Pas menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kinta itu dari PKR kerana parti itu lebih banyak bekerja untuk menang PRU13.
“Pas di Parlimen Tambun itu dilihat seperti orang suruhan PKR sedangkan kerusi itu bukan milik mereka. Keahlian PKR di Tambun juga tidaklah begitu banyak sebenarnya jika dibandingkan dengan Pas.
“Saya berani cabar Ketua PKR Cabang Tambun, Dzulkifly Ibrahim bertanding salah satu daripada dua kerusi  PKR kalau benar  kerjasama mereka dengan Pas baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment