Thursday, 1 November 2012

PAS, DAP MULA BERBALAH PASAL '1 CALON 1 KERUSI'.... PAS NAK '1 CALON BANYAK KERUSI'...!!!


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dasar ‘satu calon satu kerusi’ yang dicadangkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang.

Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP.
“Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untukbertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti.
“Kenyataan (pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak bertanding lebih daripada satu kerusi ialahkerana DAP kini telah pun mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya akan datang… lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP,” katanya.
Pada Jumaat lepas, Karpal Singh dipetik sebagai berkata bahawa wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP.
Cadangan ‘satu calon satu kerusi” ini juga bukanlah perkara baru kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata calon DAP akan hanya bertanding satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi.
- BERNAMA
***Tamak kuasa rupanya PAS ni ye! Macam tu lah PAS... yang sebenarnya dah bankrap calon yang berkelayakan untuk bertanding di PRU 13. Maka dibolehkanlah 1 calon bertanding lebih dari 1 kawasan. Yang penting bertanding dan menang, lepas PRU kalau tak jenguk kawasan, tak peduli masalah rakyat/negara,  pun tak apa.... yg penting menang!!!! Anda nilailah..................................................................................... pilihan di tangan anda!!!

No comments:

Post a Comment