Monday, 26 November 2012

'LIDAH' HARAKAHDAILY WAJAR DIPOTONG..!!!


Agak menarik untuk mengulas tentang dua portal pro-pembangkang yang selama ini begitu giat menimbulkan rasa benci rakyat kepada UMNO/BN dengan berita dan laporan fitnah mereka setiap hari tanpa rasa bersalah.
Dan kali ini saya ingin mengulas mengenai laman web lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dan laman web pro-pembangkang yang terkenal, Malaysiakini.com, yang sama-sama membuat liputan berita mengenai penyerahan memorandum membantah Felda.

Kononnya, Felda telah berurusniaga dan menjual minyak sawitnya kepada sebuah “syarikat Yahudi” dan meskipun tiada bukti yang membuktikan tohmahan itu, pak-pak lebai PAS ini tetap mahu merusuh di depan pagar syarikat pertanian terbesar di Malaysia itu.
Dalam projek memburuk-burukkan Felda itu, Malaysiakini.com diwakili oleh Aidila Razak yang merupakan pemenang anugerah wartawan online terbaik pada majlis malam media yang diterima dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Aidila dalam laporannya menulis bahawa kekecohan yang sengaja dibuat oleh puak-puak PAS itu hanyalah berjumlah sekitar 700 orang sahaja.
Namun, dari kacamata wartawan Harakahdaily pula, mereka meletakkan jumlah kehadiran pelampau-pelampau propaganda itu berjumlah lebih dari 2,000 orang penyertaan!
Mentang-mentanglah huru-hara itu dianjurkan oleh PAS, maka mereka suka-suka hati menipu pembaca dengan meletakkan jumlah yang sangat melampau dan tidak realistik sama sekali untuk diterima akal!
Pada saya, kreadibiliti laporan berita itu wajar diberikan kepada Aidila Razak memandangkan dia wartawan Malaysiakini.com itu pernah mendapat pengiktirafan terbaik berbanding Harakahdaily yang sering “kantoi” menipu!
Persoalannya, di manakah kreadibiliti berita sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah parti yang kononnya bertunjangkan Islam???
Bukankah Islam menganjurkan umatnya supaya berkata benar walaupun pahit untuk ditelan?
Dan apakah kerana sentimen politik dan mahu menjayakan matlamat jahat segelintir pihak yang memfitnah Felda itu maka lidah rasmi PAS itu “dihalalkan” untuk berbohong kepada para pembaca di laman web mereka?
Selama ini para pemimpin PAS begitu galak memurtadkan keIslaman lebih 3 juta ahli-ahli UMNO di seluruh negara kerana dikatakan tidak mengendahkan hukum hakam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Persoalannya, apakah puak-puak PAS itu sendiri mengamalkan dan faham tentang hukum hakam Islam?
Hukum berdosa melaporkan kebenaran pun mereka gagal mengikut lunas Islam, apatah lagi jika mereka diharap untuk membuat draf hudud yang sempurna! Jangan mimpilah, kan?
Justeru itu, saya tertanya-tanya apakah rasionalnya lagi untuk kita percaya kepada laporan yang dilaporkan oleh Harakahdaily sedangkan mereka terbukti sudah banyak kali melakukan pembohongan demi pembohongan.
Jumlah kehadiran yang hanya sekitar 700 orang pun mahu diputar belitkan menjadi 2,000 orang?
Pahit tapi benar, itulah PAS sebuah parti yang begitu terkenal memanipulasi dan menipu minda umat Islam di negara ini, tapi begitu galak menuduh UMNO/BN menipu walaupun kebenaran itu sememangnya berpihak kepada UMNO/BN..!
- PANDORA

No comments:

Post a Comment