Saturday, 24 November 2012

IRON DOME - RAHSIA PERTAHANAN UDARA ISRAEL


Ratusan roket milik Hamas ditembak ke arah wilayah Israel. Namun hanya sembilan puluh lebih roket yang sampai ke wilayah zionis itu. Israel bangga dengan petahanan angkasanya yang kuat.
Perisai peluru berpandu Iron Dome milik Israel yang berjaya menghancurkan hampir sekitar 90 peratus roket-roket milik Hamas yang ditembakkan dari Gaza.

“Kejayaan kami dalam 90 peratus. Ini belum pernah terjadi dalam sejarah,” kata seorang pegawai kanan Israel seperti diberitakan nation.time.com, Rabu (21/11/2012).
“Sekurang-kurangnya korban di pihak Israel menunjukkan Iron Dome adalah senjata yang paling berkesan di dunia dalam ujian perisai peluru berpandu yang pernah ada,” tambahnya.
Pertahanan Udara Israel ini ditubuhkan oleh syarikat senjata bernama Rafael Advanced Defense System. Iron Dome ini didakwa sebagai satu-satunya sistem pertahanan yang dapat menghalang roket, meriam dan mortar. Termasuk sistem pertahanan udara dari serangan pesawat pejuang, helikopter.
Iron Dome ini dapat menghentikan ancaman serangan sejauh 70 kilometer dan boleh beroperasi di dalam semua keadaan cuaca. Alat ini mempunyai hulu ledak khusus yang dapat meledakkan sasaran apa-apa di udara dalam hitungan masa. Perolehan sistem ini adalah dari bantuan dana kerajaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Kementerian Pertahanan Israel memilih Iron Dome sebagai penyelesaian terbaik dalam pertahanan dari pelbagai ancaman dalam masa yang singkat. Israel memutuskan membina sistem pertahanan udaranya selepas Perang Lebanon pada 2006 di mana ketika itu, sekitar 4,000 roket Hizbullah menghujani Israel utara dan menewaskan 44 orang.
Sumber : forblogger.net

No comments:

Post a Comment