Thursday, 22 November 2012

GENCATAN SENJATA DI GAZA

alt

GAZA, 22 Nov - Selepas lapan hari keganasan dilakukan oleh regim zionis di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza dengan majoriti 150 kematian adalah rakyat Palestin, satu gencatan senjata telah diisytiharkan malam tadi Rabu, 21 November 2012.



Gencatan senjata, yang diumumkan dalam sidang akhbar bersama di Kaherah disaksikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan Menteri Luar Mesir Mohamed Kamel Amr, berkuatkuasa jam 9 malam tadi waktu di Gaza.

Bayangkan mereka adalah anak-anak kita......

Rakyat Palestin di Gaza meraikan pengisytiharan tersebut di sepanjang jalan dengan tembakan senjata ke udara, dalam apa yang disifatkan sebagai kemenangan ke atas tentera Israel.


Menurut agensi berita negeri Mesir EGYNews, perjanjian tersebut menuntut Israel untuk menghentikan semua tindakan pencerobohan ke atas Gaza, termasuk pencerobohan dan keganasan terhadap orang awam.


Pembunuhan ketua sayap tentera Hamas Ahmed al-Ja'abari oleh tentera Israel, telah mencetuskan pertempuran dan keganasan kedua-dua pihak. Perjanjian itu turut menyeru rakyat Palestin untuk menghentikan semua tindakbalas terhadap Israel, termasuk tembakan roket dan serangan di sempadan. Lintasan sempadan akan dibuka malam Khamis, pergerakan orang ramai dan barangan merentasi sempadan turut dibenarkan.


Perjanjian itu dimeterai selepas rundingan sehari suntuk melibatkan Clinton, Presiden Mesir Mohamed Morsy dan pegawai-pegawai Palestin.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev berkata perjanjian itu dilihat sebagai 'pemberhentian lengkap dan total semua aktiviti permusuhan yang dimulakan di Semenanjung Gaza'. "Bagi kami, itulah kemenangan. Itulah apa yang kami mahukan," katanya.

Walaubagaimanapun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran tindakan ketenteraan mungkin akan diperhebatkan jika gencatan senjata gagal dipatuhi dalam mencari perdamaian dan keselamatan jangkamasa panjang.

"Buat masa ini, perkara yang perlu dilakukan negara Israel adalah untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan gencatan senjata untuk satu jangkamasa panjang, "katanya.


Sejak lapan hari yang lalu, Israel telah melancarkan serangan bertubi-tubi dengan matlamat untuk menghentikan serangan roket terhadap Israel dari dalam Gaza.

"Percubaan mereka telah memakan diri sendiri," kata Khaled Meshaal, pemimpin politik Hamas. "Mereka mahu memusnahkan setiap infrastruktur dan penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Mereka mendakwa mereka berbuat demikian akibat diserang, dan mereka sebenarnya berbohong. Mereka (Israel) telah bankrap idea. "




No comments:

Post a Comment