Wednesday, 28 November 2012

DENDAM PUNCA DITEMBAK DI DANOK....!!!


SUNGAI PETANI  - Seorang ahli perniagaan warga Malaysia mati ditembak semasa berada dalam keretanya di belakang sebuah hotel di pekan Danok, Thailand berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dekat sini malam tadi.

Mangsa, Lim Gek Chai, 60, berasal dari Jalan Air Menidih, Sungai Petani, mati di tempat kejadian setelah ditembak dari jarak dekat dalam insiden kira-kira pukul 12 tengah malam waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).

Mangsa yang memandu kereta Toyota Camry berwarna perak bernombor pendaftaran PBQ18 dipercayai dibunuh kerana bermotifkan dendam.

Bagaimanapun, punca sebenar pembunuhan masih dalam siasatan polis Thailand. - UTUSAN 27/11/12

No comments:

Post a Comment