Saturday, 10 November 2012

'BOSS' MALAYSIAKINI BERANG PEJABAT DISERBU...!!!


Pejabat portal berita Malaysiakini diserbu polis bagi menjalankan siasatan terhadap surat pembaca bersabit isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzzah Anwar, semalam. 

Surat yang disiasat itu ditulis oleh Steve Oh dan diterbitkan dalam Malaysiakini Isnin lalu dengan tajuk 'Nurul's watershed idea for the nation'. 


Kira-kira 15 anggota polis tiba bersama dengan waran geledah oleh majistret Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan. Turut serta, anggota unit forensik dari ibupejabat polis Cheras. 

Anggota berkenaan mengambil masa lebih dari sejam untuk mengambil kenyataan daripada Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar; Pengarang Berita, Gerald Martinez serta Pengurus Sumber Manusia, A Shamini. 

Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan menuturkan kata-kata dengan niat sengaja melukakan perasaan agama seseorang. 

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Polis kemudiannya beredar sekitar jam 6.50 petang tanpa mengambil apa-apa dari pejabat Malaysiakini. Bagaimanapun, dimaklumkan mereka akan kembali esok untuk siasatan lanjut. 

Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dilihat berang dan menyifatkan kedatangan pihak polis sebagai "satu lagi kes intimidasi dan gangguan". 

"Tiada apa yang dianggap menghasut dalam surat Steve Oh. Kami sedang mendapatkan nasihat peguam kami mengenai perkara itu," katanya. 


mimr < KC  >

No comments:

Post a Comment