Tuesday, 27 November 2012

ALLOI TAK BOHONG, ARRORA SALWA MAIN BOMOH..???!!!

Alloi - Arrora Alwa

Pada mulanya, apabila penulis membaca kisah mengenai dua orang individu ini, penulis tidak berapa kenal sangat dengan mereka.

Namun, setelah melakukan sedikit pencarian, barulah penulis ingat yang suatu masa dulu nama penyanyi Arrora Salwa pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi.


Antara yang paling menjadi buah mulut ramai pihak adalah apabila dia membatalkan pertunangan dengan penyanyi Mohd Fairuz Shaari atau Alloi bekas kumpulan Max:247 pada saat akhir.

Peristiwa berkenaan berlaku sekitar Jun lalu.

Terbaru, keadaan hubungan mereka ini kembali panas apabila Alloi mendakwa Arrora sebagai kaki ‘mandrem’!

Menurut laman Facebook milik Mohd Fairuz Shaari (Alloi), dia menulis Arrora menggunakan khidmat bomoh sebelum memberikan CD demo lagu ‘Ahmad’ kepada beberapa stesen radio.

Tambahnya, Arrora juga pernah mempelawa Alloi untuk turut sama menggunakan khidmat itu bagi mempopularkan bandnya Inspirasi Ke-7.

Alloi yang kini merupakan bekas Max:247 turut mencabar Arrora untuk menyamannya jika perkara yang dikatakannya adalah itu tidak benar.
Lebih memeranjatkan apabila Alloi berani bersumpah dengan nama Allah SWT yang semua kenyataannya itu adalah benar belaka!

Tidak pasti sejauh mana kebenaran itu, namun apa yang dinyatakan oleh Alloi nampaknya seperti dia benar-benar geram dengan perangai Arrora.

Sebelum ini, media pernah melaporkan yang Arrora merupakan seorang janda apabila perkahwinan yang dibina seawal usia 19 tahun terlerai di tengah jalan.

Selepas itu, timbul pula cerita pembantu peribadinya (PA) berhenti kerja kerana diarahkan oleh pihak tertentu.

Semoga kedua-duanya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih sopan dan berhemah.







-  MyNewsHub -

No comments:

Post a Comment