Sunday, 7 October 2012

THUMBS UP !!!! 6 CAWANGAN DAP SEPANG DIBUBARKAN

alt

SEPANG 7 Okt. - Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini mengumumkan pembubaran 6 cawangan DAP di sekitar kawasan Sepang.

Pembubaran yang turut disahkan Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, R. Bellasamy adalah disebabkan atas masalah dalaman DAP yang tidak bersatu sesama anggotanya sendiri.

"Enam cawangan DAP di sekitar Sepang yang dibubarkan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu, Taman Sri Sungai Pelek (B). Tan Kok Wai sering kali memecat dan memfitnah anggotanya DAP tanpa ada sebab yang munasabah "katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir memberi sokongan termasuklah Bekas Pemimpin PKR kawasan Sepang, Mahful Wahid.

Tan juga menegaskan,  penjelasan bahawa parti DAP hanya mementingkan kroni,kontrak dan rasuah yang tidak ada batasnya dari dahulu.

"Sebenarnya ada segolongan pemimpin besar DAP memang suka memfitnah dan sesiapa (anggota DAP) yang tidak masuk ke dalam kem akan diletakkan jawatan oleh Tan Kok Wai. Kita sebenarnya mahu membantu untuk menguatkan parti DAP tetapi mereka tidak tahu menilai apa yang kita buat untuk DAP tetapi hanya mementingkan kroni, kontrak dan rasuah.

"Apa  yang Lim Guan Eng cakap mahu hapuskan rasuah tetapi sedangkan di Selangor sendiri dia banyak rasuah. Kenapa dia tak hapuskan?," soal beliau.


 
alt

Beliau turut menambah, pembubaran itu bukan bermakna dirinya 'dibeli' oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional sebaliknya sedar akan pilihan parti yang mampu membela hak rakyat Malaysia.

"Sesiapa pemimpin yang membantu rakyat itulah yang saya akan undi dan saya harap hari ini kita fikirlah secara tenang. Jangan nak tunggu sampai lima tahun dan kesal seperti yang terjadi di negeri Selangor"jelasnya.

Sebelum ini, beberapa pimpinan tertinggi DAP Peringkat Cawangan telah mendedahkan budaya samseng yang didominasi kaum Cina dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Setiausaha DAP Pantai Sepang Putra menjelaskan, budaya tersebut merujuk kepada insiden kekecohan dan pergelutan yang berlaku pada Sidang Mesyuarat cawangannya bersama Setiausaha Agung DAP  Lim Guan Eng pada 1 Oktober lepas.

No comments:

Post a Comment