Sunday, 14 October 2012

TERGEMPAR ! DI BILIK PAMERAN PORSCHE BUKIT BINTANG


Ini bukanlah Posche yang telah menggemparkan Bukit Bintang kelmarin, gambar ini adalah Porsche 911, Sportcar berasal dari Jerman , yang dilaporkan Autoguide sebagai karya dari seniman terhormat Rusia, Denis Simachev. Badan kereta ini telah disalut emas sejumlah 20 kg.  Wow..!!!

Kos yang dibelanjakan untuk 'mengecat' kereta tersebut adalah sebanyak 330,000 Euro tetapi hanya dijual pada harga 1.8 juta Rubel. Ternyata  harga tersebut lebih murah jika dibandingkan dengan Porsche 911  dimana harga standardnya sekitar 61.000 dollar AS.


PUSAT pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang diceroboh penjenayah hingga menyebabkan sebuah kereta mewah hilang semalam. Gambar kecil, Mohd. Azri yang dicari polis

KELMARIN..... 

Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini di larikan pagi semalam.
   
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorangkakitangan di bilik pameran tersebut.
   
"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
   
"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya.
   
Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
   
Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.
   
Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. 

No comments:

Post a Comment