Monday, 22 October 2012

SULTAN JOHOR DI HINA DI FB...!!!


JOHOR BARU : Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor dan Pemuda UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 
Laporan yang dibuat di Balai Polis Tampoi, dekat sini, jam 4 petang semalam itu meminta pihak berkuasa terbabit menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun laman sosial berkenaan yang dikenali Zul Yahya. 


Pemilik akaun Facebook terbabit didakwa mengeluarkan perkataan kesat serta menghina Sultan Johor mengenai kedudukan baginda yang mengetuai Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi laman sosial berkenaan bertarikh 12 Oktober lalu. 


Wakil gabungan NGO terbabit, Yusof Abdullah, meminta polis dan Jabatan Peguam Negara mencontohi Thailand, mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak dan individu yang menghina institusi Raja.



Kalau di Thailand, sudah tentu individu terbabit dijatuhkan hukuman berat. Kita harus mencontohi Thailand kerana mereka begitu taat kepada Raja, katanya. 

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulai, Tengku Salman Fathi Tengku Jaafar, berkata perbuatan individu terbabit secara tidak langsung mengguris hati dan perasaan rakyat Johor. 

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan pemilik akaun laman sosial terbabit adalah tindakan menderhaka serta tidak menghormati Sultan Johor dan institusi Raja yang ada di negara ini. 


Kami mahu polis menyiasat perkara ini dan pasti ia didalangi pihak tertentu yang mempunyai agenda mahu menjatuhkan institusi Raja di negara ini serta menukarkannya kepada sistem republik, katanya.

Sementara itu, Hassan Jemari, 69, dari Skudai Kiri, menyifatkan kenyataan pemilik akaun laman sosial mengenai Sultan Johor itu amat celupar dan berniat jahat.

Baginda adalah Sultan yang berjiwa rakyat dan kenyataan yang dikeluarkannya itu sungguh biadab serta perlu dihukum mengikut undang-undang dengan sewajarnya, katanya.

Bagi Samsiah Karcho, 55, berasal dari Kota Tinggi, tindakan beberapa pemimpin politik yang menghalalkan penghinaan terhadap institusi Raja juga sungguh memalukan dan tidak layak tinggal di negara ini.

Sebelum ini ada pemimpin politik yang biadab dan mempertikaikan tindakan baginda berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan dan kini ada pula yang menghina serta menjatuhkan maruah Sultan Johor, katanya.

Faiz Mustaffa, 24, menyifatkan kenyataan dikeluarkan pemilik akaun laman sosial terbabit di luar batasan pemikiran manusia tanpa memikirkan kesan terhadap negara  - Berita Harian
*** LEBIH LANJUT BERKAITAN BERITA DAN GAMBAR .....  < LIHAT DI SINI >  JUGA   < DI SINI  >

No comments:

Post a Comment