Saturday, 6 October 2012

SENARAI KABINET BAYANGAN 'KRONI' PR....

Berikut senarai Kabinet Bayangan PR:
Perdana Menteri:
Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh)
1. Timbalan Perdana Menteri:
a. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang)
b. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur)
c. Satu kerusi sama ada dari Sabah atau Sarawak yang akan menjaga hal ehwal Malaysia Timur.


2. Kementerian Kewangan:
a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara)
b. Rafizi Ramli (PKR, kini bukan MP, akan bertanding pada pemilihan akan datang)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang)
3. Kementerian Pendidikan:
a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor)
b. Saifuddin Nasution Ismail (PKR, Machang)
c. M Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat)
d. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam)
4. Kementerian Dalam Negeri:
a. Azmin Ali (PKR, Gombak)
b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan)
(Pengetahuan dan kepakaran juga boleh diperolehi oleh kepakaran ahli PAS, Fauzi Shaari, yang bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.)
5. Kementerian Pertahanan:
a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera)
c. Tian Chua (PKR, Batu)
(Pengetahuan teknikal dan pengalaman boleh diperolehi dari ahli PAS, Laksamana Pertama (bersara) Mohamad Imran Abd Hamid.)
6. Kementerian Perundangan:
a. Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong)
c. William Leong (PKR, Selayang)
d. R Sivarasa (PKR, Subang)
e. Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
7. Kementerian Kesihatan:
a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong)
c. Dr Siti Mariah Mahmud (PAS, Kota Raja)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg Siput)
8. Kementerian Pengangkutan:
a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras)
c. Baru Bian (PKR, Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan, Sarawak)
(Baru Bian boleh membantu dalam meningkatkan pengangkutan air dan udara ke kawasan pedalaman Sarawak.)
9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
a. Khalid Ibrahim (PKR, Bandar Tun Razak, Ahli Dewan Undangan Ijok, Menteri Besar Selangor)
b. Teresa Kok Suh Sim (DAP, Seputeh)
c. Husam Musa (PAS, Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan)
10. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani:
a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian, tetapi kali ini akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, Dewan Undangan Negeri bagi Sekinchan, Selangor, beliau menjuarai nasib penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman (PAS) di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)
11. Kementerian Luar:
a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat)
b. Lim Guan Eng (DAP, Bagan, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
c. Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan, Selangor)
12. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai)
c. Calon PAS Titiwangsa (pengganti Allahyarham Dr Lo’ Lo’ Ghazali – akan diberitahu kelak)
13. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
a. Mohamad Sabu (PAS, bukan MP, tetapi akan bertanding dalam pilihanraya akan datang)
b. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping)
14. Kementerian Pembangunan Wanita:
a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang)
b. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang)
c. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah)
15. Kementerian Perhubungan Bangsa Dan Dialog Antara Agama:
a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini bukan MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas)
e. V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh, Perak)

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin, menyifatkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) yang didedahkan baru-baru ini jelas mengutamakan kepentingan kroni dan keluarga.
“Dalam kabinet bayangan PR itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimnya kononnya akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan isteri dan anak perempuannya juga bakal bergelar Menteri Kabinet, sekaligus membuktikan ia adalah kabinet kroni dan keluarga.
“Saya juga melihat tokoh yang dikemukakan pihak pembangkang itu tidak dapat menandingi anggota Kabinet Barisan Nasional (BN).
“Jika ini yang dicadangkan oleh PR, sudah pasti lebih banyak kepincangan akan berlaku selepas ini,” katanya kepada Peraktoday.com hari ini.
Beliau mengulas kontroversi Kabinet Bayangan yang dikemukakan oleh PR selepas memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti yang bakal meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri manakala Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Rosli yang juga Adun Trong, berkata belum pun perkara itu menjadi kenyataan, sudah timbul rasa tidak puas hati di kalangan parti PR terutamanya PAS dan DAP.
“Tindakan itu pastinya akan menimbulkan perbalahan berterusan sesama mereka.
“Saya berharap rakyat negara ini tidak memberi undi kepada PR sebaliknya menyokong penuh kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya lagi.

3 comments:

  1. Kaki kaki fitnah nak jadi menteri kabinet ???

    Adakah rekod kemahiran dan ketajaman pemerhatian dalam bidang bidang bersangkut ??

    Perancangan Allah jugalah yang akan berlaku.

    Inshaallah.

    ReplyDelete
  2. ADA KEMENTERIAN KHUSUS UNTUK BINCANG DAILOG ANTARA UGAMA LAK ??? NAK TERUSKAN ACARA 14 PERKARA TUNTUTAN IFC KA ??? ADA PLURALISMA UGAMA PULAK DAK KA ???

    ReplyDelete
  3. Kabinet peli, ada kementerian baru..... KEMENTERIAN perhubungan antarabangsa dan dialog antara agama....dialog antara agama?
    Setiap kementerian diterajui oleh 3 nakhoda, mcm mana tu?

    ReplyDelete