Saturday, 27 October 2012

PENYOKONG PAS TEGAR, TUA NAK MAMPOS, JUAL ALAT SEKS.....???!!!

Di salah  sebuah rumah di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi, Kuala Lumpur inilah seorang lelaki warga emas ditahan kelmarin kerana menjual barangan seks.

KUALA LUMPUR - Kegiatan seorang lelaki warga emas menjual peralatan dan ubat perangsang seks terbongkar apabila dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi di sini kelmarin.
Operasi pada pukul 11.55 pagi itu dilakukan hasil risikan dan penyamaran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD).
Dalam serbuan di rumah yang terletak di tingkat satu itu, polis menahan seorang lelaki berusia 71 tahun dipercayai pemilik rumah tersebut.
Pemeriksaan mendapati barangan seks pelbagai jenis disimpan di dalam rumah tersebut dipercayai untuk tujuan dijual secara terus atau melalui online.
Antara barangan yang dirampas ialah sembilan buah kotak yang mengandungi alat kemaluan plastik lelaki dan wanita menggunakan bateri dan manual, pelbagai jenis ubat perangsang seks pelbagai jenama dan kondom.
Siasatan awal mendapati ubat perangsang seks yang dirampas untuk kegunaan lelaki dan wanita itu berbahaya sekiranya dimakan oleh pelanggan kerana ubat-ubatan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki warga emas itu kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan.
"Setakat ini kita masih melakukan siasatan sejak bila suspek menjalankan kegiatan tersebut," kata beliau ketika dihubungi.
Sumber kosmo! Online

No comments:

Post a Comment