Wednesday, 10 October 2012

PAS SUDAH JADI ISLAMIS DEMOKRAT....??? UNDI PAS MASUK SYURGA!!


“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad,Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini DotCom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’,maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS,iaitu parti yang diwakilinya.  Beliau ...
berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika,Solaris Dutamas,Kuala Lumpur.

Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP,Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming. Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.

Kenyataan Dr. Dzul tersebut telah ditempelak oleh sebuah laman web pro-PAS, tranungkite, selain dari itu, tiada langsung kenyataan rasmi dari kepimpinan tertinggi PAS mengenainya.

Justeru,tidak salah rasanya jika saya mengandaikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang juga merestui fahaman atau pendekatan Islamis Demokrat ini ???

1  Malaysia

No comments:

Post a Comment