Friday, 26 October 2012

LAGI FACEBOOK HINA RASULULLAH S.A.W.....

KUANTAN : Seorang lelaki berusia 20-an bertindak melampaui batas apabila mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad dalam status facebook miliknya sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Berikut adalah akaun facebook milik Ajaxi Gunn Gotto (Tuan Muda Kudus) 

https://www.facebook.com/ajaxi.gotto?fref=ts




Walaupun menerima pelbagai komen berbentuk cemuhan dan nasihat supaya bertaubat, namun lelaki dikenali sebagai Amar dan menggunakan nama samaran Ajaxi Gunn Gotto (Tuan Muda Kudus) itu tetap mengulangi perbuatan berkenaan.

Dalam status sama, dia turut mendakwa menerima bisikan suara individu bernama Fuad dan Wan Kedi serta suara kanak-kanak selain pernah melakukan solat Asar dengan hanya tiga rakaat sebelum menerima bisikan memberitahu rakaat sebenar.

Kali terakhir lelaki yang mempunyai 914 rakan facebooknya serta 92 pelanggan (subscribers) mengemas kini laman sosialnya ialah 17 Oktober lalu dengan menukar gambar profil manakala status terakhir dimuat naik sehari selepas itu.

Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan lelaki berkenaan ditahan pihak berkuasa selepas beberapa aduan dibuat orang ramai yang tidak senang dan marah dengan apa ditulisnya. 


Dipaparkan beberapa statusnya yang menghina Rasulullah SAW.....





No comments:

Post a Comment