Thursday, 4 October 2012

KEGIATAN 'GELAP' NGA KOR MING TERBONGKAR...!!!!


Nga Kor Ming (kiri) dan Lee Chee Seng (kanan)

Lee Chee Seng adalah seorang ahli bisnes. Macam-macam bisnes dia ada. Dia ada enam stesyen minyak kat Perak ni. Dia juga merupakan seorang pemaju perumahan…tu belum masuk macam-macam bisnis sampingan yang lain. 


Orang bisnis memerlukan orang politik sebagai kabel untuk memudahkan urusan bisnisnya. Sebagai balasan, dia akan hulur kepada hali politik untuk kepentingan ahli politik tersebut. Sebelum March 2008, Lee Chee Seng adalah penyokong tegar BN. Dia adalah orang Gerakan…malah dalam PRU 2008, Lee Chee Seng membantu calon BN menentang calon DAP. Tup-tup..BN kalah di Perak dan Lee Chee Seng terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. 

Sebaik saja kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk, Lee Chee Seng dengan sepantas kilat bertukar parti. Dia menyertai DAP…malah menubuh satu cawangan DAP di Taman Kaya…dalam Parlimen Ipoh Timor dimana Lim Kit Siang menjadi MP. Lee Chee seng adalah orang lama dalam urusan politik/bisnis. Pengalaman dia dalam BN menjadikan dia pakar untuk membuat kerja-kerja ala-Umno. Lee Chee Seng membiayai DAP dengan cara tidak langsung dimana dia telah menghantar anaknya, Howard Lee sebagai proksi dalam DAP. 

Selain daripada membantu bisnisnya, dia juga dilihat sebagai membantu DAP. Dalam masa yang sama, dia cuba mempromosi anaknya, Howard, untuk dididik oleh Nga Kor Ming supaya memegang jawatan tinggi dalam DAP. Howard sering memperkenalkan dirinya sebagai Pengarah Strategi DAP Perak. Tapi nasib malang menimpa Pakatan Rakyat Perak apabila kerajaan PR ditumbangkan oleh BN dalam rampasankuasa 6 Februari 2009. Nga Kor Ming yang hidup senang semasa menjadi EXCO tiba-tiba jadi hilang semua kuasa.Tapi Lee Chee Seng tak lari. Lee Chee Seng tau tentang kekuatan politik DAP. 

Sokongan orang Cina terhadap DAP masih tinggi dan kalau pilihanraya diadakan,DAP sudah pasti akan menang kerusi-kerusi yang ditandinginya. Maka dengan sebab itu, Lee Chee Seng masih meneruskan hubungan rapat dengan Nga Kor Ming. Nga Kor Ming yang sudah kehilangan hak-hak istimewa sebagai EXCO perlu dibantu Dan Lee Chee Seng menubuhkan satu syarikat baru untuk membantu Nga Kor Ming. 


Lee Chee Seng membuka sebuah restoran di Sitiawan pada bulan April 2009 dan diberikan nama Restoran Michelin Star Sdn Bhd dimana dia menjadi Pengarah Syarikat manakala isterinya,Irene Yow Chay Yoon dilantik sebagai Pengarah beberapa bulan kemudian.


Lee Chee Seng menawarkan 15,000 saham (15%) kepada isteri Nga Kor Ming,Wong Seow Ching,manakala 10,000 (10%) saham lagi kepada Nga Kor Ming.


Tak mengapa…kalau Nga Kor Ming nak cari duit tambahan..tak ada salahnya.Tapi kalau mengikut kata Lim Guan Eng dalam Konvensyen DAP tak lama dulu, “Kalau nak berpolitik, jangan libatkan diri dalam bisnis. Kalau nak buat bisnis, tinggalkan politik.” He.He…cakap Guan Eng pun Nga Kor Ming tak mau ikut. Hey Guan Eng..lu sapa? Tapi aku nak mintak tolong kat Guan Eng sikt…sebab Guan Eng seorang akauntan.tolong semak akaun syarikat Michelin Star ini.


Dipetik dari : Media Perak

No comments:

Post a Comment