Thursday, 11 October 2012

JANGAN DIROGOL JALUR GEMILANG...!!!



Hina Jalur Gemilang bererti menodai kedaulatan negara

KUALA LUMPUR  - Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyifatkan perbuatan menghina Jalur Gemilang, yang merupakan simbol negara, samalah seperti menodai kedaulatan negara.

"Biarpun wujud perbezaan politik atau ideologi antara kita, simbol negara tetap menjadi kepunyaan semua rakyat. Dengan membiarkan simbol ini dihina, kita mendedahkan diri kita kepada pelbagai akibat buruk, termasuk kemungkinan timbulnya kemarahan, mengundang tindak balas dan sebagainya.




"Perasaan benci dan marah adalah antara perasaan yang paling kuat mempengaruhi emosi manusia. Sekiranya ia menguasai masyarakat, ia begitu sukar, dan selalunya tidak mungkin dapat dikawal.

"Oleh itu, simbol negara kita perlu diletakkan supaya mengatasi urusan politik," titah baginda ketika merasmikan "Brand Transformer dan Forum Malaysia Brand" 2012, di sini hari ini.

Sejajar dengan itu, titah Raja Nazrin, perbuatan menghina bendera sebenarnya mencerminkan lebih daripada sikap tidak menghormati dan kritikan yang ingin disampaikan seseorang.

"Perbuatan demikian sengaja dirancang untuk menghina sesuatu yang dihargai dan dianggap menjadi sumber kebanggaan dan kebahagiaan kebanyakan orang lain.

Biar apapun tafsiran seseorang tentang hak seseorang individu untuk menyuarakan pendapatnya, tetapi kesan buruk akibat tindakan mereka itu tidak boleh diabaikan," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah beberapa negara, termasuk Austria, Perancis, Jerman dan Switzerland menggubal undang-undang bagi melindungi simbol kebangsaan masing-masing dan mengenakan hukuman khusus bagi perbuatan menghina bendera negara. - BERNAMA





Utusan Malaysia 11/10/12

No comments:

Post a Comment