Thursday, 4 October 2012

DUCATI DIAVEL KARBON

Ducati Diavel Karbon

DUCATI Diavel baharu didedahkan di Pameran Motor Los Angeles 2010. Serentak itu juga pengeluar kenderaan premium Mercedes-Benz mengumumkan kolaborasi bersama pengeluar motosikal berkuasa tinggi Itali, Ducati.

Ia meliputi perjanjian penajaan Ducati MotoGP. Setahun kemudiannya, di Pameran Motor Bologna di Itali, kedua-dua pengeluar itu menampilkan jentera masing-masing dengan penggunaan cat kuning pada model Ducati Streetfighter dan Mercedes-Benz SLK 55 AMG.
Kerjasama antara mereka tidak terhenti di situ sahaja di mana ia dibuktikan lagi pada Pameran Motor Antarabangsa ke-64 di Frankfurt, Jerman September tahun lalu. Itu adalah perjalanan ringkas model Ducati Diavel yang nyata kini menjadi sindrom buat penggemar dan peminat motosikal berkuasa tinggi  tanah air.   
Tiada perbezaan ketara dapat dikesan bagi model pemasangan luar negara (CBU) mahupun model pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di Thailand untuk pasaran seluruh Asia Pasifik. Penulis diberitahu perbezaan hanyalah di bahagian rim sahaja.

Menunggang uji model CBU Diavel Karbon menuju ke Pulau Pinang, saya mendapati Diavel menawarkan keselesaan walaupun untuk perjalanan jauh. Ia disumbangkan menerusi bentuk pelana yang lebar dan ketinggian tempat duduk dengan aras tanah hanya sekitar 770 milimeter (mm).  
Dilengkapi dengan enjin empat lejang sejukkan cecair Testastretta dengan kuasa maksimum 162 kuasa kuda, pada kelajuan gear ketiga ia mampu mencapai 60 kilometer sejam di mana baki tiga gear seterusnya mampu mencapai kedudukan agresif.

Satu set lengkap Brembo brek depan dan belakang menyerap semua kelajuan itu. Pada tayar belakang yang luas, cakera 265mm besar mengambil beban terbabit. Sistem ABS sangat aktif memberikan keberkesanan pada sistem brek di bahagian hadapan.

Diavel menawarkan tiga mod tunggangan Sport, Cruise dan Touring yang boleh dikawal dari skrin hadapan. Dipasang dengan rim aluminium lima jejari menerusi proses tempaan ia mampu mengurangkan berat sebanyak 2.5 kilogram.

Dengan kapasiti tangki minyak 17 liter (RM50) untuk satu pengisian penuh, saya mampu menunggang sehingga ke Taiping, Perak.

Antara bahagian komponen yang menggunakan karbon adalah gril radiator, panel tangki minyak dan fender hadapan untuk mengurangkan berat jentera, sekali gus menonjolkan DNA perlumbaan Ducati.

Bahagian sisi kanan jentera dipasang dengan sistem ekzos sport jenis Termignoni. Sementara bahagian atas jentera menempatkan rekaan tempat duduk menggunakan fabrik kulit Alcantara.

No comments:

Post a Comment