Sunday, 7 October 2012

ANWAR GUNAKAN RAKAN LUAR NEGARA UNTUK KRITIK DASAR PAS ???


AIDCNews –  KELMARIN.... Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput rakannya dari luar negara, Mobashar Jawed Akbar yang menegaskan bahawa Islam bukan bertujuan untuk membentuk negara, sebaliknya hanya amalan kepercayaan peribadi untuk persaudaraan.
“Islam adalah persaudaraan, bukan sebuah negara,” kata Akbar yang dilaporkan Terence Netto, di portalMkini dotcom.

Akbar berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana jika benar ‘sudah tentu tidak akan wujud 32 negara Arab di dunia ini’.
Katanya lagi jika benar Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.
“Saya adalah seorang Muslim walaupun tidak semestikan perlu solat 5 kali sehari dan pada masa sama, saya adalah seorang India,”katanya.
Akbar yang juga pengarah editorial majalah mingguan India Today berkata demikian ketika dijemput oleh Anwar untuk melancarkan bukunya berjudul “Tinderbox:The Past and Future of Pakistan” yang diadakan di Royal Lake Club Kuala Lumpur Selasa lalu.
Selain Anwar yang bertindak sebagai perasmi pelancaran buku terbaru sahabatnya itu, majlis itu turut dihadiri oleh beberapa pimpinan PKR dan jemputan lain.
Pada Mac lalu, Akhbar telah menjemput Anwar bersama penulis buku menghina Islam, Salman Rusdie menghadiri program ‘India Today Conclave’ di Delhi.
Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang turut dijemput Akhbar enggan hadir dalam program itu kerana membantah kehadiran pengarang buku “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.
“Kami amat kesal apabila Imran Khan tidak akan datang ke India Today Conclave disebabkan penyertaan Salman Rushdie. The India Today Conclave adalah platform kebebasan dan bebas dalam pertukaran idea.
“Kami tidak menyokong pandangan mana-mana penceramah kami tetapi kami berdiri untuk kebebasan bersuara (freedom of expression) dalam semua yang kita lakukan, ia adalah satu prinsip penting dalam sebuah negara yang bebas (free nation) dan media yang bebas (free media)”, kata India Today seperti dilaporkan pkonweb.com.

Tidak seperti Imran, Anwar tetap hadir juga ke program itu walaupun tahu program yang sama dihadiri oleh Salman Rusdie.
Sebelum itu, pada 11 Oktober 2010, ketika membela Salman Rusdie di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Indonesia menegaskan beliau tidak menyokong Islam yang bersifat jumud dan mengongkong kebebasan.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.
“Jadi saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, kata Anwar.
Pendapat Akhbar yang mewakili India Today tentang konsep Islam hampir sama dengan usaha yang dilakukan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) yang menerbitkan buku “Islam dan Dasar Pemerintahan” karya Ali Abd al-Raziq pada tahun 2004.
Ramai pihak terutamanya dari PAS mempertikaikan motif badan pemikir Anwar menterjemah dan menerbitkan semula buku “Al-Islam wa usul Al-Hukm” yang pernah diharamkan oleh ulama Mesir pada tahun 1925.
Ali Raziq diputuskan oleh Jawatankuasa Badan Kibar Ulama al-Azhar sebagai sesat dan gelaran ‘sheikh’ yang dipakainya ditarik balik serta bukunya telah diharamkan.
Keputusan ulama yang dianggotai 24 ulama kanan al-Azhar dibuat pada 12 Ogos 1925, setelah membicarakan Ali Raziq dan kandungan bukunya itu yang menegaskan Islam tidak pernah menganjurkan sistem politik negara Islam, Islam adalah agama peribadi yang tiada kaitan dengan sistem politik dan Rasulullah SAW diutuskan bukan untuk membina negara sebaliknya hanya semata-mata untuk membentuk akhlak peribadi muslim.

No comments:

Post a Comment