Bas mewah Anwar dikawal rapi seperti kawalan yang diberikan kepada seorang Presiden Amerika atau Perdana Menteri Israel sewaktu melawat negara Arab.
Yang menjadi persoalannya dimana mereka mendapat wang yang begitu banyak untuk menyewa atau membeli beberapa buah kereta Camry sekadar untuk mengiringi Anwar Antartuk.
Lebih 10 buah Toyota Camry digunakan untk mengiringi Bas mewah Anwar ke Perak.
Umum telah mengetahui ‘by hook by crook’ PKR perlu menumbangkan BN pada PRU 13 untuk memastikan mereka dapat memerintah negara. Untuk mencapai cita-cita tersebut ia memerlukan dana yang besar bagi menggerakan jentera pilihan raya yang kuat serta berkesan.
Selain mendapat bantuan dana asing, Kerajaan Selangor pimpinan PKR menjadi bank untuk membekalkan wang kepada PKR di seluruh negara.
Atas sebab-sebab itulah mereka beriya-iya menamatkan khidmat Alam Flora dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan khidmat Syabas selaku pembekal air di Selangor. Semuanya untuk diberikan kepada syarikat kroni-kroni mereka.
Sebaik sahaja menamatkan Khidmat Alam Flora, Kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk membeli 50 unit lori kompaktor yang berharga RM 14.5 juta bagi disewakan kepada kroni-kroni mereka yang mendapat kontrak mengutip sampah.
Dari sini rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh menilai kontraktor-kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Selangor.
Mereka bukannya peniaga tulen yang menjalankan perniagaan berkenaan. Jika mereka peniaga tulen, adalah sesuatu yang tidak munasabah mereka tidak mempunyai peralatan utama untuk menjalankan perniagaan teras mereka?
Lori-lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor dipesan dari negara China secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor – Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.
Lori kompaktor yang telah siap dipasang di kilang pemasangan di Rawang.
Dalam masa yang sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama. Bas tersebut juga dari jenama Dong Feng, pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor.
Kami turut difahamkan sebuah trak kontena serbaguna milik PKR juga sedang diubahsuai di kilang berkenaan.
Setelah mendapat maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan maklumat.
Setelah mendapati maklumat berkenaan ada asasnya pihak kami mendapatkan bantuan seorang rakyat Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi mendapatkan info yang lebih kuat.
Sementara kami mendapat info dari negara China pihak kami juga menjalankan beberapa siasatan di negara ini.
Akhirnya dari segala info yang kami dapat dan siasatan yang kami jalankan, kami dapati benar terdapat penyelewengan dalam hal ini.
Siasatan kami mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara. Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bukan sahaja melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.
KREDIT TO ; SUNGAIRAPATONLINE
UNDI PR = UNDI SOROS
ReplyDeleteUNDI anwar = UNDI YAHUDI + SOROS
Nak tanya...undi pas adakah boleh dikatakan juga undi soros atau yahudi...
ReplyDeleteUNDI PAS .... BUKAN KAH MASUK SYURGA?
ReplyDeleteABBY ABADI PUN DAH MENGESAHKANNYA.... GILER!!!
APA NAK JADI PARA PENTAKSUB PAS NI PUN TAK TAU LA