Monday, 24 September 2012

NGEH KENA BALUN ....!!!!



Semalam berlansungnya persidangan Konvensyen DAP di Hotel Ritz Garden Ipoh yang disertai 330 perwakilan dari seluruh negeri yang sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 juga bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. 

Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini.

Ngeh telah dikritik oleh seorang ahli parti iaitu perwakilan dari Taman Sejati Sitiawan, yang membidas Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan kerana kenyataannya membangkitkan isu agama Islam menerusi laman Twitter, menjejaskan usaha parti untuk menarik bukan Cina menyertai DAP.

Terdahulu, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dikritik oleh Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa kerana didakwa menggunakan akhbar Cina untuk mengkritik ahli parti.

Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O P Syed Ibrahim pula berkata, tidak pernah dalam sejarah parti di negeri itu pengerusi menggunakan media untuk mengkritik ahli sendiri seperti yang berlaku sekarang.

Cawangan Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru adalah tiga cawangan DAP di daerah Manjung yang dirujuk oleh Ngeh kepada jawatankuasa disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam mengumpul dana tanpa kebenaran.

Usah pecah-belah ahli...

Solaiman berkata, kepemimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana menganjurkan majlis makan malam untuk mengumpul dana.

Pengerusi Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelewatan kepimpinan parti meluluskan penubuhan cawangan baru dan mendakwa ada pihak sengaja berbuat demikian di kawasan yang dianggap bukan ‘kem' mereka.

“Ini semua tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya.

Pengerusi Cawangan Chenderiang, Richard Leong, turut membangkitkan isu sama dengan menyatakan beliau sudah bekerja keras membuka cawangan di Tapah tetapi sehingga sekarang tiada surat kelulusan daripada jawatankuasa negeri.

“Kepemimpinan parti meminta ahli melawan musuh di luar tetapi mereka sendiri yang menyerang ahli sendiri," katanya.

Perbahasan panas

Perbahasan yang semakin panas itu memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik, menenangkan keadaan dengan meminta mereka berbahas isu nasional dan negeri, manakala semua isu dalaman dibincangkan mengikut saluran lain.
Bagaimanapun, perbahasan isu dalaman yang dianggap memalukan kepemimpinan DAP negeri berterusan sehingga persidangan berakhir jam 3 petang.

No comments:

Post a Comment