Wednesday, 26 September 2012

NGA KOR MING BERLAGAK SAMSENG CABAR DR. ZAMBRY


Selepas melemparkan tuduhan palsu terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam sidang DUN semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming sekali lagi menguji kesabaran pemimpin nombor satu negeri itu.

Akibat berang kerana dicabar, Kor Ming mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya membalas tindakan Zambry yang mencabar beliau memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaan kononnya beliau pernah merayu kepada ketua pembangkang itu untuk menjadi Menteri Besar (MB) Perak selepas pilihan raya umum lepas.
“Saya rasa begitu terhina dengan tweet yang dikeluarkan oleh Kor Ming,” katanya.
Beliau berkata, cabaran itu dibuat diatas keceluparan Kor Ming yang mengeluarkan kenyataan yang biadap dan tidak bertanggungjawab ketika sidang DUN semalam.
“Ini perangai Kor Ming yang sangat bebal yang masih lagi menunjukkan sifat samsengnya apabila mengeluarkan tweet itu,” jelas Zambry.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di pejabatnya, di Ipoh, hari ini.
Menurut beliau, ahli politik sebegini tidak harus dibiarkan dalam politik tanah air kerana sanggup menggelar dan membuat tuduhan apa sahaja terhadap orang lain.
“Saya tidak tahu apa akan berlaku pada tanah air kita jika orang seperti ini kita biarkan,” jelasnya yang memberi contoh Kor Ming sebagai ahli politik kelas bawahan.
Semalam, Kor Ming dalam twitternya mengeluarkan kenyataan berbunyi: “MB mahkamah, Zambry cabar saya minta Datuk Seri Anwar sumpah di Masjid. Ha!! Jika sumpah menyumpah boleh dipakai maka semua mahkamah boleh ditutuplah’.
Zambry berkata, kenyataan itu juga menghina agama kerana dalam Islam apabila ia bertujuaan memberi pengajaran serta menegakkan kebenaran kerana tiada jalan penyelesaian yang lain, hukumnya adalah wajib ~  Perak Today

No comments:

Post a Comment