Wednesday, 5 September 2012

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PINGGIRKAN PENIAGA KECIL




Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan pekarangan Balai Rakyat Jalan Patani di sini, yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP Pulau Pinang.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata, perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri ya
ng didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.



Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.



Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.



Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat. 



REALITI PENINDASAN TERHADAP PENIAGA OLEH PUAK PR

No comments:

Post a Comment