Tuesday, 18 September 2012

BERSIH 3.0 PUNYA PASAL, 10 RIBU MASIH TUNGGU KELULUSAN TUNAI HAJI.....


MyMassa ingin menyampaikan permintaan para jemaah haji yang masih menunggu kelulusan tambahan sebanyak 10,000 lagi dari Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia. Malahan, syarikat-syarikat Swasta yang telah berpuluh-puluh tahun menguruskan jemaah haji melalui pakej turut merasa bahangnya apabila mereka dianggarkan kerugian lebih RMM50 Juta ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang sudah establish seperti Tabung Haji Travel, Andalusia, Reyha, Gemilang dan Zahafiz serta anak-anak syarikat lain telah mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri pada 10 September 2012 yang lalu supaya campurtangan atas kelewatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka sangat berharap hubungan baik DS Najib dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan Arab Saudi dapat menyelesaikan masalah ini. 

Pada tahun-tahun lepas, mereka berkata biasanya agihan pakej sebanyak 10,000 orang itu biasanya akan dapat diketahui pada hujung bulan Ramadan ataupun pada bulan Syawal. Namun, pada tahun ini walaupun rombongan jemaah Haji Malaysia kumpulan pertama sebanyak 320 orang sudah berlepas pagi Isnin semalam, jemaah-jemaah Haji Malaysia yang mengikuti Pakej-pakej swasta masih belum mendapat khabar mereka.

Apakah ini Angkara BERSIH 3.0 yang menyebabkan Kerajaan Arab Saudi menjadi semakin berhati-hati memberikan kouta tambahan itu? Khabarnya begitu. Inilah angkara mereka, kesannya diterima oleh para jemaah Haji Malaysia.

Namun begitu, kita berharap semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini. Labbaikallah Humma Lakalabbaik.... 

No comments:

Post a Comment