Wednesday, 8 August 2012

SULTAN PERAK SELAMAT DIBEDAH...SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT DAN SEGERA PULIH...


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat menjalani pembedahan bahu di sebuah hospital di London, 30 Julai lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, baginda berangkat ke London pada 23 Julai bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ahli
Lembaga Rayuan acara hoki Olimpik London 2012 dan menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas kapasiti sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos ini.
Ketika di sana, baginda mengalami masalah pada bahu dan menjalani pembedahan.
Menurut Abdul Rahim, baginda akan terus berada di London untuk menjalani rawatan pasca pembedahan dan berangkat kembali ke tanah air apabila dinasihatkan sesuai berbuat demikian oleh pakar perubatan yang merawat baginda.
“Sama-samalah doakan semoga baginda dilimpahkan rahmat dari Ilahi untuk segera pulih dan kembali berada dalam keafiatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
~ Sinar Harian ~

No comments:

Post a Comment