Wednesday, 1 August 2012

SELEPAS DIHALAU ABDULLAH SANI, HALIMAH BERJUANG SENDIRIAN........


AIDCNews –  Sebelum ini sel13.com mendedahkan satu salinan laporan polis bertarikh 21 Julai di balai polis, Bandar Baru, Klang yang dibuat oleh isteri Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid.
Sebagai merungkai  misteri itu,  sel13.com semalam mendedahkan butiran penuh rahsia di sebalik laporan polis yang dibuat oleh Halimah Mohd Sahat, isteri ahli parlimen PKR itu.

Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.
Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.
Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam.
Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.
Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga  Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.
Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah. Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Dengan Faizah pula dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.
Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.
Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.
Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.
Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.
Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga ahli parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.
Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa dan Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tanggungjawabnya.
Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.
Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin.
Dalam perbualan telefon tersebut, ahli parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA.
Apa yang diungkapkan oleh ahli parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.
Selepas suaminya enggan mengambilnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Mereka juga enggan mengambil Halimah di Setesen Bas. Akhirnya anak sulung Halimah datang mengambilnya di stesen bas.Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.
Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya di Banting.
Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan. Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma. Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR.
Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar. Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar. Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya , disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.
Halimah terasa bagaikana dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain. Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya lagi mengejutnya Halimah apabila pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain. Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.
Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah. Beliau turun ke bawah dan kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang orang gaji didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada orang gaji.
Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.
Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.
Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat isteri tuanya masih hidup dan mereka belum bercerai.
Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan. Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit. Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.
Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan. Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.
***Kepada betina yang bernama Faizah seperti yang dimaksudkan di dalam entry di atas.... sumpah lu takkan idup bahagia dan aman smpai ke mati..!!!!


***Bayangkan jika Halimah adalah diri anda atau ibu anda......................

No comments:

Post a Comment