Wednesday, 22 August 2012

KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.... BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM


Umat Islam tanpa mengira pendirian politik di negara ini perlu bersatu menentang golongan yang cuba menghina atau mencabar agama mereka.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam harus menjauhkan diri daripada bersekongkol dengan golongan berkenaan, khususnya yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan syariah (perundangan) Islam secara keseluruhannya.



Malah katanya, adalah menjadi kewajipan untuk menghalang golongan tersebut daripada terus menghina agama Islam dan bukannya mempertahan atau bersama dengan mereka.

"Kita perlu halang sesiapa sahaja yang menentang agama Islam atau golongan yang bersekongkol dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan itu menentang syariah Islam sepenuhnya, mereka harus dijauhi dan tidak boleh didampingi.

"Contohnya, hukum hudud, penentangan pelaksanaannya di sesebuah negara oleh golongan bukan Islam dibenarkan berdasarkan pendapat beberapa ulama tetapi sekiranya golongan itu menentang pelaksanaan syariah Islam secara keseluruhan, mereka perlu ditentang serta dijauhi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysiadi sini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam.

Mengulas perkara sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyokong sikap Nasharudin yang secara konsisten mempertahankan maruah Islam.

Katanya, pihak yang cuba mempertikaikan agama Islam tidak seharusnya dibiarkan dan mesti diberi penjelasan supaya segala kekeliruan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

No comments:

Post a Comment