KOTA BELUD - Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Herbert Timbun Lagadan berkata rakyat Sabah seharusnya bijak menilai sejarah dan latar belakang ketua pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan.
Beliau yang juga ketua bahagian PBS Kadamaian berkata Anwar bukan sahaja gagal menunaikan janji 100 hari untuk memajukan Sabah dahulu, tetapi beliau juga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu mencapai agendanya untuk berkuasa.
"Inilah Anwar yang sanggup janji apa sahaja, dan kini beliau datang ke Sabah dengan pelbagai janji baharu dengan harapan rakyat Sabah akan terpikat," katanya dalam ucapan pada mesyuarat tahunan PBS bahagian itu, yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Gopog Taginambur, dekat sini hari ini.
Herbert yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kedamaian berkata semasa presiden PBS (Pairin) memperjuangkan peruntukan yang lebih besar untuk Sabah pada suatu ketika dulu, Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu "menggelar" Pairin sebagai antiKuala Lumpur dan anti persekutuan.-BERNAMA
Dulu kononnya PRU12 BN membentuk kerajaan kerana kelebihan sokongan Sabah. Logiknya kekuatan BN tu di mana mana mana negeri yang BN kuat lah.
ReplyDeleteAdakah semasa kira undi tu Sabah yang terakhir otak dungu Anwar fikir sekiranya dia menang di Sabah dia boleh membentuk kerajaan?
Sekiranya tak dapat membentuk kerajaan pun Anwar mahu Sabah kerana kononnya orang Sabah ini senang di gula gulakan. Kononnya pagi satu kampung ugama lain petang kampung yang sama tukar ugama lain.
Anwar ada wang. Dia mahu membeli Sabah dengan harga murah pastinya. Secara kempen PRU saja.
Selepas itu pasti balak dan lain lain yang boleh di korek akan Anwar korek sekalipun pasir! Hatta mengeluarkan Sabah dari Malaysia!
Paling dia suka dapat gadaikan Sabah ke Singapura yang banyak duit tapi gila meroyan ruang tanah! Dari zaman PBS lagi Singapura bermimpi untuk jadikan Sabah itu Singapura.
Itu perkara senang untuk musuh negara melakukannya.