Sunday, 12 August 2012

ITULAH BURUNG PUAK-PUAK PR...TAPI BURUNG APA...????


Seorang pembaca blog ini berkata dalam komennya:
“To me the logo just looks like a fairly generic bird, but people will see what they want to see I guess.”
Kenyataan beliau adalah meleset sekali kerana sesebuah logo itu bukannya Ujian Rorschach yang mengkehendaki pelbagai tafsiran secara bebas atas tompok dakwat berdasarkan imaginasi seseorang itu.
Logo berciri kabur – iaitu boleh diberi intepretasi berbeza-beza mengikut selera si pemandang – bukan sebuah logo yang dianggap berjaya.
Logo mestilah jelas dan mudah dikenali ramai. Sebaik-baiknya ia harus senang dilakar semula (reproduced) dengan tepat.
Ambil satu contoh logo yang mampu dicam oleh mana-mana penduduk di serata dunia maju, yakni Apple — syarikat terkenal komputer dan peralatan elektronik yang diasaskan oleh Steve Jobs. Takkan pula akan ada orang yang berkeras mempertikaikan bahawa buah itu bukan epal tetapi sebiji anggur sebenarnya.
Ataupun ambil logo Firefox. Binatang itu seekor rubah. Ia bukan tupai.

Logo juga berfungsi sebagai identiti produk, misalnya logo Mercedes-Benz / Ferrari, Adidas / Nike atau Gucci / Louis Vuitton.
APA KATA.... terus baca ke blog HELEN ANG
****Sejak bila pulak, puak-puak pakatan fikir pasal bangsa ni..??  Sebelum ni bukan main mengecam UMNO pasal bangsa...!!! Kenapa sekarang tiru pulak?? Hampehhh, gampang!!!!


No comments:

Post a Comment