Thursday, 9 August 2012

DAP KECUT PERUT, BUAT LAPORAN POLIS HARAM UNDI DAP...!!!







SHAH ALAM – DAP membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah, Jalan Patani, Pulau Pinang pagi tadi berhubung laporan akhbar Utusan Malaysia semalam yang bertajuk “Haram, berdosa undi DAP”.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, laporan tersebut  bermotif politik dan bertujuan untuk menabur fitnah.
Katanya, untuk mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang mungkin timbul akibat tuduhan-tuduhan palsu yang tidak bertanggungjawab oleh akhbar itu.
Katanya, laporan tersebut membawa implikasi bahawa DAP parti kafir harbi, hatta menjadi musuh yang ingin memerangi Islam.
Tambah Zairil, ini merupakan satu tuduhan yang sangat berbahaya dan jelas dilakukan dengan niat untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.
“Apakah asas untuk tuduhan sedemikian memandangkan DAP tidak pernah memusuhi mana-mana agama?
“Malah, DAP jelas mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa yang sama ingin memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan agama-agama lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment