Sunday, 8 July 2012

SKANDAL GEREJA DAN DUIT KERAJAAN SELANGOR


Helen Ang - Ada wujud konspirasi Kristian, rasa-rasanya, di kalangan beberapa media utama bahasa Inggeris untuk sengaja menenggelamkan skandal gereja yang ada kaitan dengan Subang Jaya.
Penyelewengan berjuta-juta dolar Singapura oleh paderi Gereja City Harvest membabitkan cawangan Malaysianya yang beralamat di Subang Jaya.


Seorang kaunsilor Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang merupakan Pembantu Khas Hannah Yeoh juga pernah terlibat kegiatan rasminya, iaitu pendaftaran pemilih, yang diadakan di Gereja City Harvest Subang Jaya.
Hannah sendiri memberi sumbangan derma kepada gereja tersebut dengan mengambil daripada dana peruntukan kawasan DUNnya.
Lihat siapa yang berada di atas pentas – berdiri tiga dari kiri – sebaris dengan Reverend Kong Hee, pengasas Gereja City Harvest
Sudah dua minggu skandal ini meletup di Singapura namun media bahasa Inggeris tempatan – yang mempunyai pembaca beragama Kristian – memilih untuk mendiam sahaja.
Ia sebenarnya cerita besar sehingga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Dalam Negeri. Jumlah wang yang disonglap adalah S$50 juta yang kalau ditukar ringgit Malaysia ialah RM125 juta. Bukannya sedikit.
Seramai 17 individu yang terlibat dengan Gereja City Harvest disiasat polis dan lima paderi beserta orang kanan gereja didakwa di mahkamah Singapura. Ini kes yang sudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan tidak setakat gosip kopitiam.
Rajiv Rishyakaran ialah Pembantu Khas Hannah Yeoh yang diberikan jawatan kaunsilor MPSJ di bawah kuota DAP. Antara pembantu-pembantu Hannah yang pernah diletakkan sebagai kaunsilor MPSJ ialah Edward Ling, dan sekarang bergilir digantikan Ken Chia atau nama penuh Chia Yew Ken.
Kalau Rajiv menjalankan kempen mendaftar pemilih baru di Gereja City Harvest, bosnya Hannah pula memberi sokongan kepada City Harvest Church Blood Donation Drive.
Mengikut butiran baucer tuntutannya pada bulan April 2009, Hannah menderma sebanyak RM2,000 kepada program tersebut dengan menggunakan peruntukan DUNnya.
Peruntukan satu-satu DUN – khabarnya sejuta ringgit setahun yang diterima setiap Adun Pakatan serta ditambah lagi imbuhan daripada Geran Selangorku – adalah sebahagian daripada belanjawan Selangor. Bermakna duit kerajaan negeri yang Hannah serahkan kepada Gereja City Harvest.
Walhal kariah di surau-surau Ijok mendakwa tidak pernah pun menerima sebarang bentuk bantuan daripada YB Ijok sejak 2008.
KLIK 2x UNTUK BACA … (http://symphonyofmine.wordpress.com/2010/09/26/with-all-that-i-am)

Skandal penyelewengan wang gereja itu dilaporkan saban hari oleh media arus perdana Singapura termasuk Straits Times dan turut mendapat liputan media serantau serta antarabangsa.
Ia begitu panas dibincangkan di media sosial Singapura (Twitter, Facebook, forum talian, dsb) tetapi ia senyap di Malaysia, negara jiran terdekat.
Biasanya kalau ada kisah sensasi, pasti ia akan hebahkan oleh media. Lagi sensasi lagi laris jualan suratkhabar.
Namun The Star pula sebaliknya!
Tak masuk akal (it makes no business sense) suratkhabar itu mahu kuburkan cerita kecuali dengan tujuan untuk menutup aib penganut Kristian.
Tekad Star tidak ubah seperti langkah menapis yang diambil oleh laman sesawang gereja evangelis Malaysia tentang perkembangan skandal Gereja City Harvest ini.

Sebenarnya sebelum ini pun ada beberapa kali The Star ketara menenggelamkan cerita negatif tentang Hannah Yeoh.
Manakala akhbar milik MCA itu sering pula mempromosi personaliti serta memberi publisiti elok kepada politikus evangelis DAP, umpamanya Teo Nie Ching iaitu rakan Selendang Squad si Hannah yang gemar menodai masjid dan surau.
Mungkin Chua Soi Lek harus dimaklumkan supaya MCA boleh meninjau sama ada terdapat musuh dalam selimut dalam jentera partinya.
Puak evangelistas* amat giat di alam media sosial di mana pengaruh mereka kian menular di kalangan golongan muda-mudi.
Seorang blogger bergelar Desmond (screenshot atas — http://desmondngai.multiply.com/journal/item/8) mendakwa bahawa kakitangan Gereja City Harvest telah menyumbang bantuan tenaga kerja sukarela di pejabat DUN Hannah Yeoh.
Dilaporkan Hannah juga dijemput sebagai tetamu kehormat di acara pembukaan Gereja City Harvest di mana bintang DAP itu memberi ucapan ringkas kepada hadirin – lihat gambar atas sekali.
Ciri pengikut ‘cult’ yang berjaya dicuci otak diperlihatkan melalui ketaksuban mereka kepada pemimpin idola. Ciri ini jelas ada pada DAPsters.
Lebih-lebih lagi perangai evangelistas menghina orang lain sebagai “low class” sudah terbawa-bawa ke persada politik kita.

Seterusnya baca: Link between City Harvest Church and DUMC’s Dream Center

______________________________________________________________________________
* Terima kasih diucapkan kepada Sharifah dan pembaca-pembaca lain yang memperkenalkan istilah ‘evangelistas’ di blog ini serta kepada Calvin Sankaran yang mendedahkan kaitan Hannah dengan Gereja City Harvest KL-Subang Jaya.
Bersambung daripada:

No comments:

Post a Comment